biskut PB title

Resepi Biskut Mentega Kacang

Pengenalan

Biskut mentega kacang adalah biskut klasik yang selalu menjadi tumpuan ramai samada beli di kedai ataupun buat di rumah. Kalau anda sudah puas menghabiskan duit beli biskut ini setiap minggu, anda boleh cuba resepi ini. Resepi ini amat mudah untuk dibuat dan hasilnya lebih senang untuk dikunyah. Biskut mentega kacang ini bukan biasa – biasa tau, ia mampu membuat air liur anda meleleh. Yang pastinya bahagian tepinya perlu kenyal, di tengahnya pula lembut, dan bahagian atasnya ada corak! Anda juga boleh melihat resepi lain disini.

Ini adalah resipi yang sangat mudah. Anda tidak perlukan sebarang topping hiasan untuk menjadikannya mewah. Tidak ada inti strawberi, karamel, coklat cair, atau sprinkle di dalamnya kerana ia sudah cukup membuat anda kenyang.

biskut mentega kacang
Masa Penyediaan: 3 jam 30 minitMasa Memasak: 15 minit
Jumlah Hidangan: 30Jumlah Masa: 4 jam

Bahan – bahan

  • 1 cawan (230 gram) mentega tanpa garam pada suhu bilik
  • 1 cawan (250 gram) mentega kacang berkrim
  • 3 cawan + 2 sudu besar (400 gram) tepung serbaguna yang diratakan
  • 1 cawan (200 gram) gula pasir
  • 3/4 cawan (150 gram) gula perang
  • 2 biji telur besar pada suhu bilik
  • 2 sudu teh esen vanila tulen
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/3 cawan (70 gram) gula pasir untuk digulung

Cara Penyediaan

  • Dengan menggunakan hand mixer atau stand mixer, gaulkan mentega yang lembut, gula pasir serta gula perang hingga sebati. Masukkan telur dan gaul hingga rata, kira-kira 1 minit. Gaulkan sisi dan bawah mangkuk biar sebati. Selepas itu, masukkan vanila dan mentega kacang dan gaul sehingga sebati.
  • Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung, baking soda, serbuk penaik, dan garam bersama. Masukkan bahan basah dan gaul dengan perlahan – lahan sehingga sebati. Apabila sebati, adunan akan menebal, dan sangat melekit. Tutup adunan dalam bekas atau dengan pembalut dan sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam atau sehingga sehari.
  • Panaskan oven sehingga 180 °C. Balutkan dua loyang dengan kertas parchment atau baking paper.
  • Sementara oven dipanaskan, uli adunan tadi menjadi bentuk bebola. Saiz bola boleh mengikut 1 sudu besar bagi setiap adunan biskut.
  • Masukkan bebola tadi ke dalam gula pasir. Lepas itu, letakkan ke atas loyang dengan jarak 2 inci.
  • Tekan garpu pada bahagian atas untuk membuat corak silang. Bakar adunan bola selama 10 minit atau hingga anda dapat melihat kecoklatan di bahagian sisi. di tengah / atas biskut akan kelihatan sangat lembut dan separuh masak.
  • Keluarkan daripada oven dan biarkannya sejuk di atas loyang selama 5 minit sebelum dipindahkan ke rak dawai sehingga sejuk sepenuhnya.
biskut mentega kacang

Anda boleh lihat pelbagai fakta makanan disini.