Resepi Biskut Cookie & Cream Penuh Dengan Oreo

Anda suka Oreo? Atau Cream – O? Resepi ini amat special sikit. Dengan menggunakan mentega dan krim keju, biskut ini menjadi sangat lembut dan sedap untuk dikunyah. Isikan adunan doh dengan coklat cip putih dan Oreo yang hancur. Gula perang dan tepung jagung ditambah untuk mendapatkan tekstur yang lembut, sementara kepingan Oreo yang besar menambah sedikit rasa crunchy. Anda pasti tidak akan menyesal membuat biskut ini. Klik disini untuk melihat resepi roti pisang.

Biskut Cookies&Cream Oreo
Masa Penyediaan: 2 jam 15 minitMasa Memasak: 12 minit
Jumlah Hidangan: 30 biskutJumlah Masa: 2 jam 35 minit

Bahan – bahan

  • 2 dan 1/4 cawan (280 gram) tepung serbaguna yang diratakan
  • 1 dan 1/2 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam
  • 112 gram keju berkrim full fat pada suhu bilik
  • 3/4 cawan (170 gram) mentega tanpa garam pada suhu bilik
  • 1/2 cawan (100 gram) gula pasir
  • 1/2 cawan (100 gram) gula putih atau perang
  • 1 biji telur besar pada suhu bilik
  • 2 sudu teh esen vanila tulen
  • 1 cawan (180 gram) coklat cip putih
  • 1 dan 1/4 cawan Oreo patah (Standard atau Double)

Cara Penyediaan

  • Gaul tepung, tepung jagung, baking soda, dan garam bersama dalam mangkuk sederhana sehingga sebati dan ketepikan sementara sediakan bahan lain.
  • Gunakan handmixer atau mesin pengadun dan setkan pada kelajuan sederhana untuk gaul krim keju sehingga berkrim. Masukkan mentega dan gaul sehingga sebati (Kikis pada sisi dan bahagian bawah mangkuk, jangan tinggalkan satupun!).
  • Masukkan gula pasir dan gula perang ke dalam adunan. Gaul selama 2 minit sehingga sebati. Masukkan pula telur dan vanila. Gaul sekali lagi dengan kelajuan tinggi sehingga sebati selama seminit.Gaul tepung, tepung jagung, baking soda, dan garam bersama dalam mangkuk sederhana sehingga sebati dan ketepikan sementara sediakan bahan lain.
  • Gunakan handmixer atau mesin pengadun dan setkan pada kelajuan sederhana untuk gaul krim keju sehingga berkrim. Masukkan mentega dan gaul sehingga sebati (Kikis pada sisi dan bahagian bawah mangkuk, jangan tinggalkan satupun!). Masukkan gula pasir dan gula perang ke dalam adunan. Gaul selama 2 minit sehingga sebati. Masukkan pula telur dan vanila. Gaul sekali lagi dengan kelajuan tinggi sehingga sebati selama seminit.
  • Campurkan bahan kering ke dalam bahan basah dan gaul dengan kelajuan rendah sehingga sebati. Sementara itu, masukkan coklat cip putih. Masukkan Oreo yang patah dan gaul dengan kelajuan rendah atau perlahan-lahan gaul dengan senduk atau sudu kayu sehingga sebati.
  • Tutup adunan dan masukkan ke dalam petisejuk sekurang-kurangnya 2 jam atau sehingga 4 hari. Sekiranya anda sejukkan lebih lama daripada 2 jam, biarkan adunan berada pada suhu bilik sekurang-kurangnya 30 minit sebelum uli. Panaskan oven hingga 177°C. Letakkan baking sheet dengan kertas parchment.
  • Uli doh biskut dan ambil 1.5 sudu besar doh untuk setiap biskut. Letakkan biskut berjarakkan 3 inci di atas baking sheet. Bakar selama 12-13 minit atau sehingga nampak warna coklat di bahagian sisi. Di tengah – tengah biskut akan kelihatan sangat lembut.Keluarkan biskut dari oven dan biarkannya sejuk di atas loyang selama 5 minit sebelum letak dalam bekas.

Jika anda minat untuk melihat pelbagai fakta haiwan dan makanan, anda boleh tekan disini.