Resepi Biskut Cip Coklat Lembut dan Kenyal

Biskut Cip Coklat Kenyal

Terdapat beratus resepi biskut coklat cip di luar sana. Setiap orang mempunyai kegemaran mereka yang tersendiri. Dalam banyak – banyak resepi, resepi ini sangat menonjol. Biskut cip coklat kenyal atau Chewy Chocolate Chip Cookies ini adalah seperti berikut:

  • Kenyal dan lembut apabila digigit.
  • Lagi tebal lagi sedap!
  • Gaya bakar dengan tidak hangus ditengah.
  • Biskut yang meletup dengan rasa coklat!
Doh Coklat Cip
Penyediaan : 15 minitMasak/Bakar : 12 minit
Jumlah Hidangan : 16 biskut besar!Jumlah Masa : 2-3jam, 22minit

Bahan – bahan

  • 2 dan 1/4 cawan (280g) tepung serbaguna (diratakan)
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 dan 1/2 sudu teh tepung jagung *
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3/4 cawan (170g) mentega tanpa garam (sedikit cair)
  • 3/4 cawan (150g) gula perang
  • 1/2 cawan (100g) gula pasir
  • 1 telur besar + 1 kuning telur, pada suhu bilik
  • 2 sudu teh esen vanila tulen
  • 1 dan 1/4 cawan (225g) cip coklat semi sweet atau potongan dark chocolate unsweetened (Boleh letak banyak untuk rasa coklat yang menakjubkan!)

Cara Penyediaan:

  • Panaskan oven pada 163 °C. Gariskan dua baking sheet besar dengan kertas parchment atau silikon baking.
  • Gaul tepung, baking soda, tepung jagung, dan garam sehingga sebati dalam mangkuk besar. Biarkan ia rehat ditepi.
  • Dalam mangkuk sebelah, gaul mentega, gula perang, dan gula pasir sehingga sebati. Pukul telur, kemudian masukkan telur kuning. Akhir sekali, masukkan ekstrak vanila.
  • Tuangkan bahan ini ke dalam bahan kering dan sebatikan menggunakan senduk. Doh akan menjadi sangat lembut, tetapi pekat. Masukkan coklat cip. Coklat cip mungkin tidak melekat pada adunan kerana mentega cair. Kacau dan sebatikan sehingga melekat.
  • Tutup doh dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau nak sedap lagi tinggalkan untuk 3-4 hari.
  • Keluarkan doh dari peti sejuk dan tinggalkan pada suhu bilik selama 10 minit.
  • Bentukkan adunan kepada bebola, kira-kira 3 sudu besar adunan. Ulikan bebola doh agar menjadi lebih tinggi daripada lebar, untuk biskut menjadi pekat. Letakkan 8 biji adunan ke atas setiap dulang kek. Letak lebihan coklat cip di atas bebola doh untuk menjadi seperti Chipsmore.
  • Bakar biskut selama 12-13 minit. Biskut akan kelihatan sangat lembut. Biarkan biskut sejuk selama 10-15 minit dengan sendiri.
  • Siap!

Nota Sampingan Untuk Menjadi Kenyal

  • Sekiranya anda tidak mempunyai tepung jagung atau tidak mahu menggunakannya, biarkan saja. Biskut tetap menjadi sangat lembut.
  • Mentega masin (Penting! tengok dengan jelas) boleh digunakan sebagai gantinya. Kurangkan garam dalam adunan sehingga 1/4 sudu teh.
  • Telur suhu bilik adalah yang terbaik.

Untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut seperti nutrisi dan tips kesihatan, anda boleh tekan disini.

Resepi Biskut Coklat Cip Kenyal

Untuk melihat kandungan berkaitan dengan kesihatan, sila tekan disini.