Resepi Ayam Mentega Telur Masin

Resepi ayam mentega telur masin ini adalah variasi kepada buttermilk chicken yang biasa kita makan di restoran hipster. Cumanya nasi ini mempunyai tambahan telur masin sahaja dan hasilnya cukup enak! Sesiapa yang pernah mencuba buttermilk chicken dan sukakannya, anda perlu mengikuti resepi ini sekarang. Resepi ini lebih menggunakan bahagian kepak, tetapi anda boleh gantikannya dengan bahan lain seperti udang, ketam dan sebagainya. Tambahan pula, anda boleh juga tukar kepada bahagian dada atau paha kerana ia juga sedap untuk dimakan, cubalah rasa sendiri.

ayam mentega telur masin

Bahan – bahan

Bahan Perapan

  • 400g /5 ketul kepak ayam
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk jari daging/ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1/2 biji telur

Bahan Goreng

  • 2 – 3 sudu besar tepung jagung
  • Minyak masak, untuk menggoreng

Bahan Kuah / Salutan

  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit minyak masak (anggaran 1 sudu kecil)
  • 3 ulas bawang putih
  • 4-5 tangkai cili padi
  • 1 biji cili merah
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 2 biji telur masin (kuning sahaja)
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 cawan susu cair/susu full cream
  • secubit garam (secukup rasa)

Cara Penyediaan

  1. Hiris nipis bawang putih, cili padi dan cili merah.
  2. Hancurkan kuning telur masin yang telah direbus dengan garfu.
  3. Perap kepak ayam dengan bawang putih yang telah diparut secara halus, serbuk kari, sos tiram, kicap pekat manis, kicap cair dan telur.
  4. Tutup dan perap dalam peti sejuk selama 1/2 atau 1 jam.
  5. Salutkan kepak tadi dengan tepung jagung.
  6. Lalu panaskan minyak dan goreng ayam sehingga rangup.
  7. Bagi kuah atau salutan ayam pula, panaskan kuali dan masukkan mentega.
  8. Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
  9. Masukkan cili padi dan cili merah (simpan separuh untuk taburan)
  10. Masukkan daun kari dan tumis sehingga naik bau.
  11. Masukkan telur kuning masin.
  12. Tambah susu cair/ susu full cream.
  13. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  14. Masukkan ayam goreng dan salut sekata.
  15. Akhir sekali taburkan cili merah dan sedia untuk dihidang.

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain : Resepi Sup Ikan Merah, Resepi Daging Masak Phat Phet