Recipe Traditional

Resepi Asam Pedas Johor

Asam Pedas Versi Johor

Kalau anda seorang anak Johor, anda sudah pasti kenal dengan hidangan asam pedas Johor tersendiri. Hal ini kerana hidangan ini juga turut dihidangkan di negeri Melaka. Walau bagaimanapun, hidangan asam pedas di Johor mempunyai rasa yang kelainan serta keunikan tersendiri. Versi Johor menggunakan ikan mayoong sebagai bahan utama tapi anda boleh sahaja gunakan ikan apapun seperti ikan parang .

Keistimewaannya adalah terletak pada tumisan cili kisar yang kemudiannya dicampurkan dengan air asam jawa. Selain penggunaan tumisan, bunga kantan serta daun kesum digunakan bagi menambahkan rasa serta aroma hidangan ini. Tambahan pula, asam pedas Johor bukan sahaja enak dimakan bersama nasi putih, namun ia turut dimakan bersama lempeng kelapa.

Bahan – bahan

Bahan Utama Asam Pedas

  • Ikan (Pilihan anda untuk guna ikan apapun)
  • 1 1/2 genggam cili kering dan dikisar
  • 1 1/2 cawan minyak
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 1 sudu kecil garam kasar, secukup rasa
  • 1/4 sudu kecil gula, pilihan
  • 1 kuntum bunga kantan (belah kepada 2)
  • 1 ikat daun kesum
  • Air, 800ml

Bahan Kisar

  • 1 bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit
  • Belacan bakar

Cara Penyediaan

  • Panaskan minyak (separuh kuali) dan tumis bahan kisar tadi iaitu bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan juga belacan bakar sehingga berbau.
  • Masukkan cili kering yang dikisar ke dalam kuali. Tumis sehingga pecah minyak.
  • Apabila bahan tumis sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa.
  • Tunggu sehingga mendidih.
  • Selepas itu, masukkan bunga kantan atau daun kesum. Masak sehingga naik bau.
  • Akhir sekali, masukkan 1 ekor ikan yang telah dikerat dan juga tabur garam secukup rasa.
resepi asam pedas johor

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain : Resepi Apam Balik Original, Resepi Ikan Patin Tempoyak Pahang