Resepi Apam Balik Original

Makanan Jalanan Simple Tapi Sedap

Kalau anda seorang warga Malaysia, sudah tentu anda telah merasai Apam Balik. Tidak kira dimana anda berada, Apam Balik mesti ada berdekatan dengan rumah, ofis dan juga tempat riadah.

Makan panas – panas lagi sedap lebih – lebih lagi ditambah jagung dan kacang berlebihan. Bagi anda yang ingin mencuba buat Apam Balik di rumah, resepi ini amat mudah sahaja dan semua bahan boleh didapati di kedai berdekatan.

Anda boleh buat ikut cara anda. Nak nipis atau tebal? Nak kacang lebih atau jagung lebih pun tiada masalah. Kalau nak buat versi yang lagi unik pun boleh asalkan puas hati untuk dimakan.

Bahan – bahan

Bahan Utama

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • Sedikit mentega untuk mengoles

Bahan Tabur Apam

  • Kacang tanah kisar
  • Jagung manis dalam tin
  • Gula

Cara Penyediaan

  1. Gaul telur dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan sida bikarbonat, air dan juga pewarna kuning tadi dan gaul sekali lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan baking powder dan gaul sehingga sebati
  4. Sapukan sedikit mentega pada kuali
  5. Tuang 2 senduk adunan apam dan ratakan. Jika didapati terlalu nipis, anda boleh tambah lagi adunan. Kalau anda nak ia menjadi tebal pun boleh, ikut citarasa masing – masing.
  6. Biarkan adunan seketika sehingga masak keperangan. Kemudian tabur gula, kacang dan juga jagung ke atasnya.
  7. Bila bahagian kulit sudah garing dan keperangan, angkat dan sapukan mentega hingga rata.
  8. Potong apam dengan berhati – hati supaya tidak koyak atau pecah ditepi dengan menggunakan pisau atau senduk.
resepi apam balik

Anda boleh mendapat lebih banyak resepi yang lain dengan hanya tekan disini.

Artikel lain : Resepi Mee Bandung Muar, Resepi Ikan Patin Tempoyak Pahang