realme N1 Sonic Electric Toothbrush

Berus Gigi Yang Bertukar Warna

Ya betul tu, realme telah mengeluarkan produk berus gigi. Pelik kan? Namun apa yang menarik tentang berus gigi electric ni adalah ia mampu bertahan sehingga 130 hari! Oleh kerana berus gigi ni akan selalu kena air, jadi realme telah memberi berus gigi ini IPX7 Water resistant. Anda tidak perlu lagi risau tentang barangan mahal masuk air lagi.

Selain itu, berus gigi elektrik ni mampu menghasilkan 20,000 getaran/minit. Getaran ini juga mampu berfungsi secara senyap. Ia menghasilkan bunyi kurang daripada 55dB, ini amat berguna jika anda berkongsi bilik air dengan rakan atau sudah berumah tangga untuk menjaga privasi orang lain. Mesti ramai di antara anda semua yang terus menggunakan berus gigi yang sama sampai lebih 3 bulan kan? realme meletakkan ciri yang unik untuk beritahu anda bila untuk tukarkan kepada berus gigi baru.

Ciri keunikan ini terletak pada warna berus gigi iaitu semasa anda membelinya ia adala warna biru dan selepas cukup 3 bulan atau lebih, warna biru pada berus ini akan bertukar kepada warna hitam secara automatik bagi menandakan untuk bertukar kepada berus gigi baru. Berus gigi ini samada anda boleh beli yang biasa atau terus menggunakan realme N1 Electric Toothbrush. Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, hayat bateri bagi N1 ELectric Toothbrush ini boleh tahan sehingga 130 hari dan menggunakan USB type C untuk cas.

Seterusnya, berus gigi N1 mempunyai 3 jenis mode iaitu Soft mode, Clean mode dan Polish mode. Soft mode adalah kegunaan bagi anda yang mempunyai gigi sensitive, Clean mode digunakan pada anda yang mempunyai gigi biasa dan Polish mode pula untuk memutihkan gigi. Yang paling menariknya, ia akan ingatkan kepada anda untuk gosok gigi pada bahagian lain setiap 30 saat dan akan automatik berhenti selepas 2 minit. N1 datang dengan 2 warna yang menarik iaitu biru dengan putih. Ia juga ada 1 tahun warranty.

Anda masih segar dan perlukan sesuatu yang menarik? Tekan disini untuk melihat pelbagai fakta haiwan yang menarik.

Artikel lain: realme Buds Wireless Pro, realme Buds Air Pro, Smart TV Bawah RM1000, Smartwatch Bawah RM500