realme Buds Wireless Pro

Noise off, Music on!

realme telah keluarkan product baru, Realme Buds Wireless Pro. Product ini mempunyai beberapa ciri menarik seperti noise cancellation sehingga 35dB! Serta battery yang boleh bertahan sehingga 22 jam. Bukan itu sahaja tapi 5 minit cas sahaja sudah boleh digunakan hampir 100 minit untuk mendengar lagu. Bud perlukan 1 jam 30 minit untuk cas penuh. 

realme Buds Wireless Pro

Reka bentuk Buds Wireless Pro ni mengunakan reka bentuk neckband. Reka bentuk ini amat digalakan untuk anda yang minat bersukan. Buds Wireless Pro juga hadir dengan IPX4 Water Resistant, dalam erti kata lain ia kalis peluh. Jadi anda tak perlu risau tentang peluh anda akan rosakan buds wireless pro ni. Berat bagi bud ini hanya 33g, amat ringan.

Selain itu, bud ni hadir dgn 2 warna, kuning dengan hijau. Seperti yang dinyatakan di atas tadi, realme Buds Wireless Pro boleh bertahan selama 22 jam dengan menggunakan cip pemprosesan realme S1. Cip ini berfungsi untuk jimatkan bateri dan bateri ini akan bertambah jimat dengan penggunaan active noise cancellation (ANC). Bud ini mengunakan USB type C untuk charging.

Bukan itu sahaja tapi realme Buds Wireless Pro juga turut menggunakan Sony LDAC Hi-Res Audio Technology. Dengan kata lain, lagu yang anda dengar akan menjadi lebih jelas dan lebih seronok. Untuk bahagian bass pula jangan risau kerana Buds Wireless Pro ni menggunakan 13.6mm Bass boost driver. 

Untuk yang bermain game phone, latency yang rendah amat digalakan. Buds wireless pro ni menawarkan 119ms super low latency.Untuk active kan nya amat mudah, tidak perlu masuk ke app realme link, anda hanya perlu tekan noise cancellation button lama lama, dan walaa, korang boleh kurangkan latency dari 240ms ke 119ms sebanyak 50%! Buds wireless pro ni jugak mengunakan Bluetooth 5.0.

realme Buds Wireless Pro

Buds Wireless Pro ini mengunakan teknologi magnetic fast pair. Hanya dengan pisahkan bud daripada satu sama lain, ia akan terus disconnect dengan smartphone anda. Sebaliknya, untuk sambung semula, anda hanya perlu cantumkan balik.

Selain daripada itu, bud ini boleh sambung kepada dua peranti tapi bukan pada satu masa. Sebagai contoh, anda ada dua phone hanya perlu tekan noise cancellation sebanyak 2 kali, dan korang boleh switch connection dari phone A ke phone B atau phone A ke Laptop A. 

Bukan itu sahaja, bagi yang suka menggunakan voice assistant, korang hanya perlu tekan multi-function dengan lama untuk aktifkan pembantu peribadi anda tersendiri tanpa perlu sentuh phone. Hebat kan?

Anda boleh teruskan bacaan anda disini untuk ketahui pelbagai fakta haiwan yang menarik.

Artikel lain: realme Buds Air Pro, Smart TV bawah RM1000, Smartwatch RM500, Headphone RM500