realme Buds Air Pro

Tune out the noise

Reka bentuk seakan Oppo Enco W31 dan Oneplus buds, anak syarikat Oppo, realme telah mengeluarkan realme buds air pro. Buds air pro hadir dgn beberapa ciri menarik seperti active noise cancellation (ANC) sehingga 35dB, battery yg mampu bertahan sehingga 25 jam dan 94ms super low latency. 

realme buds air pro

realme Buds Air Pro hadir dengan 3 warna, Black, White dan Silver. Buds Air Pro warna hitam tidak sama dengan produk hitam realme yang lain dimana hitam ni tak ada warna kuning.

Dengan reka bentuk poket yang simple, amatlah mudah untuk menyimpan realme Buds Air Pro ni dalam pocket seluar dan berat dia hanya 5g untuk earbuds dan 38.8g untuk charging box. 5g untuk earbuds amat lah ringan. Reka bentuk buds yang lengkuk telinga dan jenis masuk kedalam, amat lah sesuai untuk dipakai sepanjang hari.

Dengan 10mm large driver ini, ia dapat membuatkan low frequency music semakin stabil dan padu. Untuk mendapat kenikmatan yang mewah, pemacu ini digabungkan pula dengan AAC High-Quality Audio (AAC) yang dibekalkan oleh Dolby kepada peminat muzik. Jadi hasilnya adalah muzik anda akan menjadi semakin jelas dan sedap didengar.

realm buds air pro

Bagi anda yang tidak tahu tentant AAC ini, ia adalah coding audio. Terdapat dua coding audio iatu AAC dan SBC. SBC ni teknologi ‘lama’, berbeza dengan AAC, SBC ni tidak jelas seperti AAC dan jika nak dibandingkan, kualiti muzik juga rasa kurang memuaskan daripada biasa.

Selain itu, Buds ini mempunyai 4 mic iaitu 2 mic di setiap satu bud. 4 mic ni berfungsi sebagai ANC, di mana 2 mic ialah Feed Forward (FF) dan 2 mic lagi Feedback (FB). Kedua – dua kombinasi ni akan hapuskan bunyi dari luar dengan lebih efektif dan anda boleh melayan cerita atau lagu dengan lebih seronok.

Bagi yang minat untuk bermain game di smartphone, anda jangan risau kerana Buds Air Pro mempunyai gaming mode. Dalam gaming mode ini latency hanyalah 94ms. Dengan kata lain ia amat rendah dan secara tak langsung audio tidak lag. Untuk tukar kepada gaming mode ni amat lah mudah. Anda tidak perlu masuk ke realme link app tetapi anda hanya perlu tekan secara lama pada kedua – dua bud dengan serentak selama 2 saat. Senang kan?

Persoalan sekarang, kenapa adanya gaming mode dan normal mode ini? Kedua – dua ini dicipta untuk penjimatan bateri bud. Gaming mode amatlah berguna apabila anda sedang bermain game dan juga tengok cerita atau muzik video. Jikalau sekadar mendengar lagu sahaja, anda boleh sahaja menggunakan normal mode. Tambahan pula, Buds Air Pro mempunyai wear detection iaitu apabila anda sedang memainkan lagu dalam telinga, buds ini secara automatik akan pause audio apabila anda mencabutnya daripada telinga.

Fakta Menarik Tentang realme Buds Air Pro

Kalau bud sebelah rosak, adakah kita kena beli Buds Air Pro yang baru atau hanya gantikan sahaja bud yang rosak? Jawapannya adalah anda sebagai pembeli boleh sahaja ganti bud yang rosak di pusat servis realme berdekatan. Anda tidak perlu untuk bersusah payah membeli sepasang realme Buds Air Pro yang baru. 

Anda boleh tekan disini untuk melihat fakta haiwan dan makanan yang menarik

Artikel lain: Smart TV bawah RM1000, Smartwatch RM500, Headphone bawah RM500, Smartphone bawah RM500