Baka Kucing Haiwan Profile

Maine Coon, Tentang Baka Kucing Anda

Pengenalan

Maine Coon adalah baka kucing peliharaan yang terbesar didunia. Ia mempunyai penampilan fizikal yang menakjubkan dan merupakan pemburu yang hebat. Baka ini adalah salah satu keturunan semula jadi yang tertua di Amerika Utara, khususnya berasal dari negeri Maine AS, di mana ia adalah kucing rasmi negeri.

Secara ringkasnya, baka ini adalah kucing yang besar tetapi peramah, oleh itu ia mendapat nama “raksasa lembut”. Keunikan penampilannya boleh dilihat oleh bulu yang lebat di sepanjang dadanya, tulang yang kuat, dan juga mempunyai dua lapisan bulu yang ada bulu pelindung yang lebih panjang pada lapisan atas. Ia seakan satin sutera, dan bulu lebat ini turut menutupi ekornya yang panjang.

Sejarah

maine coon

Mengikut sejarah, kucing Maine Coon yang pertama disebut adalah dalam karya sastera adalah pada tahun 1861, dalam buku Frances Simpson’s “The Book of the Cat” diterbit pada tahun 1903 oleh F.R. Pierce. Penulis ini memiliki beberapa ekor Maine Coon di dalam rumahnya dan sering menulis bab mengenai baka ini.

Pada akhir 1860-an, para petani yang terletak di Maine bercerita tentang kucing peliharaan mereka dan mengadakan pertandingan “Maine State Champion Coon Cat” di Skowhegan Fair tempatan. Majoriti kucing yang masuk dalam pertandingan adalah baka Maine Coon.

Walau bagaimanapun, baka Maine Coon ditolak status baka sementara iaitu salah satu daripada tiga langkah yang diperlukan untuk baka yang belum diiktiraf oleh CFA. Baka kucing perlu lengkapkan tiga langkah ini supaya dapat bersaing dalam pertandingan kejuaraan oleh CFA. Maine Coon Cat Club ditubuhkan pada tahun 1973 selepas baka ini ditolak sebanyak tiga kali oleh CFA. Keturunan ini akhirnya diterima oleh CFA dengan status sementara pada 1 Mei 1975, dan diluluskan untuk status juara pada 1 Mei 1976.

Beberapa dekad berikutnya populariti Maine Coon meningkat secara mendadak dan telah memenangi kejuaraan dalam beberapa pertandingan dan mendapat kedudukan tertinggi di dalam peringkat kebangsaan. Pada tahun 1985, negeri Maine mengumumkan bahawa baka ini akan menjadi nama negeri yang rasmi.

Penampilan

maine coon

Maine Coon adalah kucing berbulu panjang atau sederhana. Ia mempunyai lapisann bulu yang lembut ibarat sutera, walaupun teksturnya mungkin berbeza dengan warna kot bulu. Beberapa kucing Maine Coon mempunyai ruff (bulu di dada) seperti seekor singa jantan. Untuk penjagaan bulunya, ia memerlukan dandanan yang minimum berbanding dengan baka berbulu panjang yang lain. Hal ini kerana lapisan bawah bulu tidak tebal sangat, ia dapat uruskan dengan sendiri. Kot bulunya boleh berubah mengikut musim. Ini bermakna bulunya akan menjadi lebih tebal pada musim sejuk dan gugur pada musim panas.

Kebiasaannya kucing Maine Coon boleh dilihat sebagai warna coklat tua, tetapi baka ini datang dengan pelbagai warna sejumlah 75 kesemuanya. Ia juga mempunyai warna mata hijau, emas, hijau – emas dan juga coklat.

  • Berat: 4 – 9 kg
  • Hayat: 13 – 14 tahun
  • Bulu Gugur: Banyak
  • Jenis Bulu: 2 lapisan bulu yang lembut
  • Kot Bulu: Panjang. 2 lapis bulu
  • Warna Bulu: 75 warna didaftarkan antaranya putih, hitam, oren, kelabu, krim, coklat muda, coklat tua manakal corak pula dua – warna, calico, tiga – warna, tabby, colourpoint.

Sikap & Perangai

maine coon

Jangan biarkan saiz badan mereka yang menipu anda kerana ia bukan seekor singa yang garang. Akan tetapi ia adalah sebaliknya, namanya telahpun menunjukkan sikap sebagai seekor gergasi yang lemah – lembut dan si manja ini suka menghabiskan masa dengan pemiliknya. Si manja ini terbaik untuk dijadikan sebahagian daripada keluarga anda kerana ia tidak mementingkan ruang peribadi atau privasinya. Kucing gergasi ini suka mengikut anda dari bilik ke bilik semasa anda melakukan aktiviti harian anda.

Baka ini biasanya lebih suka bergaul di sebelah anda daripada berada di atas anda. Anda boleh bayang ke kalau kucing ini suka berada di atas anda seperti seekor Ragdoll? Sudah tentu anda boleh mudah penat melayan kerenahnya. Selain itu, ia sangat bijak dan suka bersenang – lenang. Haiwan ini amat peramah, dan sabar dengan anak – anak kecil anda.

  • Perangai: Peramah, mudah diajar dan penyayang
  • Kepintaran: Tinggi
  • Aktif: Tinggi, suka bermain
  • Vokal: rendah, jarang

Penjagaan & Rawatan

Kucing Maine Coon disarankan mendapat vaksin dan rawatan daripada veterinar untuk mendapat pencegahan seperti kucing domestik yang lain. Terdapat beberapa keadaan yang lebih cenderung kepada mereka:

  • Asma (Alergik)
  • Penyakit Kulit (Kutu, Alergik, Jangkitan Kulat, Luka)
  • Kardiomiopati hipertrofik, keadaan yang diwarisi dari jantung yang membesar yang boleh menyebabkan kegagalan jantung dan pembekuan darah
  • Atrofi otot tulang belakang, keadaan yang diwarisi menyebabkan atrofi otot dan kelemahan
  • Hip displasia, kemerosotan sendi pinggul

Untuk melihat fakta haiwan dan makanan yang menarik, anda boleh tekan disini.

Artikel lain: Kucing Hutan Norway, Kucing Siberia, Spesies Rusa Terbesar, Spesies Kala Jengking Peliharaan

1 comment

Comments are closed.

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: