Laptop vs Desktop, Yang Mana Pilihan Anda

Yang Mana Sesuai Untuk Anda

Sehingga hari ini masih ada lagi perdebatan laptop vs desktop antara para gamer tentang isu ini. Hal ini kerana rig gaming bukan satu benda yang sesuai untuk semua. Sesetengah orang amat menyukai menara ATX yang besar dengan pencahayaan RGB dan juga monitor melengkung dan keyboard mekanikal. Sesetengah lagi amat menyukai laptop yang boleh dilipat dan disimpan semasa mereka tidak menggunakannya serta boleh dibawa kemana – mana sahaja.

Kami mengumpulkan 3 maklumat untuk anda memperoleh pengalaman yang terbaik samada di desktop ataupun laptop. Sama ada anda lebih suka untuk menaik taraf, mudah dibawa atau hanya harga mampu milik, kedua – dua peranti laptop dan desktop ini ada baik dan buruknya. Oleh itu, dalam isu laptop vs desktop ini, yang manakah peranti yang lebih baik untuk anda?

Perbezaan Mudah Alih

Laptop vs desktop

PC atau desktop adalah komputer besar yang suka berada samada di atas atau di bawah meja di pejabat atau bilik tidur anda. PC terdiri daripada 4 bahagian penting iaitu ibu desktop, skrin monitor, papan kekunci, dan juga tetikus. PC pada umumnya lebih kepada berada di satu tempat sahaja berbanding dengan laptop juga. Anda boleh mengumpulkan bahagian paling atas untuk setiap aspek PC ketika memilih komputer, sedangkan pilihan anda amat terhad apabila menggunakan laptop.

Laptop juga disebut sebagai notebook adalah peranti yang mudah alih. Kebiasaannya mempunyai input USB di sisi daripada HDMI atau VGA, Ethernet dan juga USB type C atau USB 2.0. Laptop mempunyai skrin terpasang, papan kekunci terpasang, pad jejak yang berfungsi sebagai tetikus, dan ukurannya boleh berbeza-beza. Tambahan pula, laptop amat terhad mengikut saiznya tetapi banyak bateri dibuat pada tahun ini yang cukup besar untuk memberi kuasa untuk 12 jam atau lebih sebelum perlu dicas semula.

Dengan ini, lagi terang bersuluh, ia adalah satu kemenangan untuk laptop dan laptop sebesar 17 inci pun boleh dilipat dengan mudah dan boleh dimasukkan ke dalam beg.

Perbezaan Penambahbaikan

laptop vs desktop

Anda sama sekali tidak boleh bina laptop dengan sendiri tetapi anda boleh bina sendiri desktop di rumah. Terdapat banyak video di Youtube yang sedia ajar anda setiap langkah daripada pemasangan papan ibu sehingga batang RAM. Selain itu, apabila anda membina sendiri, anda boleh menyusun kabel dengan kemas dan menambahbaikannya kepada lebih hebat lagi di masa akan datang. Anda nak GPU yang terkini?atau RAM lebih pantas? Kedua ini amat senang ditambah. Jika anda mahukan CPU baru atau memerlukan jenis papan ibu yang berlainan, anda masih mempunyai casing dan bekalan kuasa yang boleh terus anda gunakan

Bagi perspektif laptop pula, ia hanya membolehkan anda menukar RAM dan kapasiti menyimpan data sahaja. Hal ini kerana, CPU, dan GPU telah dipaterikan pada papan ibu manakala papan ibu pula telah dipasang dengan rapi pada casing laptop.

Perbezaan Prestasi

laptop vs desktop

Sekiranya anda membeli laptop bernilai RM5k lebih, pasti akan desktop yang mampu atasi dengan harga semurah RM1.2k. Desktop pasti akan menang dalam hal ini walaupun komponen yang sama digunakan pada laptop, ia akan berfungsi lebih baik di desktop. Casing yang lebih besar seperti menara, isu penyejukan dan pelesapan haba yang lebih baik, dan suhu yang lebih rendah bermaksud prestasi untuk bermain game lebih hebat. Desktop juga mempunyai penyejukan cecair (liquid cooling).

Walau bagaimanapun, CPU mudah alih seperti Intel, dan AMD serta GPU Nvidia atau AMD tidak sekuat pada bahagian desktop, walaupun dalam beberapa kes speksifikasi, ia hampir sama. Pada tahun ini, beberapa inovasi telah menutup jurang antara laptop dengan menara besar. Secara tidak langsungnya, jika anda mempunyai duit yang banyak perbezaan prestasi ini boleh ditutupkan jika anda mahukan laptop berbanding dengan PC yang hanya boleh berada di satu tempat sahaja.

Anda yang perlu bekerja merantau disarankan beli laptop bagi memudahkan anda membuat kerja sambil bermain game pada hari cuti manakala jika anda seorang content creator, anda sememangnya perlukan desktop kerana kemungkinan besar anda hanya berada di rumah anda .

Artikel lain: Smartwatch Bawah RM3000, Earbud Bawah RM1500

Tekan disini untuk melihat pin haiwan & makanan kami.