Laptop Gaming Yang Terbaik 2021

Pengenalan

Laptop Gaming terbaik adalah bukti sejauh mana teknologi telah berkembang pesat. Laptop gaming turut membuktikan bahawa mereka dapat memberikan prestasi yang sama hebat seperti desktop gaming yang ada sekarang. Hal ini kerana GPU terbaru dan paling berkuasa seperti Nvidia dan juga AMD, cip pemproses terbaru seperti Intel i9 dan AMD R7, dan juga RAM yang besar.

Apa yang lebih mengagumkan tentang peranti ini ialah laptop gaming menjadi semakin nipis dan ringan setiap tahun. Dengan semua ciri, mudah alih, dan tenaga kuda yang disertakan, pemain desktop akhirnya mempunyai alasan yang kuat untuk beralih. Berikut adalah pilihan utama kami.

ILLEGEAR ARES X

Jenama Illegear tidak asing lagi dalam pasaran Malaysia ini sejak dibuka pada tahun 2011. Kini Illegear telah mengeluarkan 7 siri laptop dan 3 jenis menara desktop tersendiri. Yang paling menarik tentang Illegear ini adalah anda boleh reka sendiri. CPU, GPU, RAM dan juga kapasiti data. Samada anda mahukan untuk kerja sahaja atau gaming atau kedua – dua sekali, semuanya boleh. Siri Ares adalah siri yang prestasi tertinggi atau dalam kata lain, kelas pertama.

Memperkenalkan ARES X, pengganti desktop yang direka dengan penuh estetik dan mudah alih dalam bentuk laptop, tetapi masih mengekalkan kekuatan dan kapasiti seperti sebuah desktop. ARES X menggunakan cip pemproses Intel Core i9 desktop terbaru, GPU NVIDIA GeForce RTX 2070 atau 2080. Kapasiti memori dan storan yang besar dalam bentuk SSD anda boleh pilih sehingga 2TB. Jika anda rasa tidak cukup, tambah lagi 2TB untuk SSD kedua sehingga keempat slot kosong.

Tambahan pula, anda boleh tambahkan RAM daripada 16GB sehingga 128GB. Harga paling maksimum untuk ARES X yang prestasi tertinggi adalah RM24,030!

FORGE 15X 2021 RTX EDITION

Forge 51 adalah sebenarnya anak syarikat Aftershock PC Singapore. Forge 51 juga jenama mereka bentuk laptop tersendiri dan sekarang ia telah mengeluarkan laptop buatannya tersendiri iaitu Forge 15X. Untuk tahun 2021 ini, Forge 15 telah ditambahbaikkan menjadi Forge 15X RTX Edition dimana ia lengkap dengan cip pemproses Intel i7 – 10870H dan NVIDIA GeForce RTX 3060 6GB GDDR6. Anda hanya boleh menukarkan kapasiti RAM samada 16GB 3200 MHz atau 8GB 3200 MHz x 2 yang percuma atau tambah RM599 untuk dapatkan 16GB 3200 MHz x 2 dan juga kapasiti ruangan data SSD daripada 512GB hingga 2TB serta HDD daripada 1TB hingga 2TB.

Harga peranti ini akan menjadi RM8,000 lebih jika anda ambil setiap komponen yang hebat.

Razer Blade 15 Advanced Edition

Razer Blade 15 Advanced Edition menggunakan GPU GeForce RTX 3070 sebagai penambahbaikan daripada yang lama. Peranti ini menggunakan cip pemproses Intel i7 – 10875H 8 Core dan RAM 8GB x 2 untuk mendapat prestasi yang menakjubkan. Inilah peranti idaman bagi semua gamer di luar sana.

Kapasiti dalaman menggunakan SSD 1TB dan mempunyai slot kosong untuk anda pilih samada ingin tambah lagi ataupun tidak (Maksimum adalah 4TB SSD). Paparan skrin juga tidak kurang hebatnya dengan 15.6″ FHD 360Hz dan 100% sRGB.

Asus TUF Dash F15

Laptop Asus TUF tidak asing lagi dengan prestasi yang hebat pada harga yang berpatutan. Asus TUF A15 tahun lalu, sangat menakjubkan kerana ia memastikan perkara penting masih dapat diakses oleh pemain yang mencari laptop gaming bajet. Asus TUF Dash F15 kembali untuk mengekalkan kemampuan itu dan juga memberikan kekuatan. Ia membawakan cip pemproses Intel i7, GPU Nvidia GeForce RTX 3000, dan paparan hingga 240Hz 1080p tanpa memerlukan banyak wang sekaligus memastikan perkara-perkara ringan, nipis, dan kelas ketahanan tentera.

MSI GS66 Stealth

MSI GS66 adalah satu peranti yang cukup hebat. Ramping, licin, dan kuat. Akan tetapi untuk mendapatkan sesuatu yang berprestasi tinggi seperti RTX 3080 ke dalam badan yang senipis 18mm, MSI lebih berhati-hati dengan kuasanya. MSI juga lengkapkan dengan penggunaan cip pemproses Intel i9 – 10980HK dan juga RAM 16GB x 2 3200MHz.

Ia boleh menjadi sedikit kuat jika dibiarkan dengan sendirinya, tetapi anda mempunyai kelebihan daripada Nvidia MaxQ 3.0 yang membolehkan anda gunakan salah satu mode khasnya. Antaranya ialah Whisper Mode 2.0 dimana ia akan menurunkan bunyi ke tahap yang hampir tidak dapat didengar apabila anda tengah bermain game.

Tambahan pula, GS66 Stealh ini juga dilengkapi dengan panel 240Hz 1440p yang menakjubkan dan ia sangat sesuai dengan GPU RTX 3080 ini ketika anda tengah bermain game.

Artikel lain: Smartphone Bawah RM5000

Tekan disini untuk melihat pelbagai fakta haiwan yang menarik.