Animal Pet

5 Baka Kucing Seperti Harimau

Pengenalan

Memang betul seekor kucing adalah sama seperti seekor harimau. Mungkin ia bukan berita baru buat anda bahawa harimau tidak boleh dijadikan haiwan peliharaan. Apa yang mungkin anda tidak tahu adalah terdapat baka kucing yang menyerupai harimau yang liar. Daripada baka Shorthair American kepada baka Maine Coon, anda mungkin akan memelihara seekor kucing yang kelihatan seperti harimau sebagai haiwan kesayangan anda. Selain itu, anda boleh biarkan mereka berkeliaran di luar rumah atau tinggalkan sahaja di dalam rumah. Kucing seperti ini bukan sahaja sangat cantik untuk dilihat malah mereka juga boleh menjadi ahli keluarga anda yang sangat menarik.

Daripada mempunyai corak belang kepada tompok hitam, mochascope telah mengumpulkan 5 baka kucing yang dekat menyerupai seperti seekor harimau.

1.    Kucing Bengal

bengal

Pertama sekali dalam senarai ini adalah kucing Bengal. Bengal adalah kucing kacukan daripada baka Leopard Asia dan Egyptian Mau. Baka ini berasal dari Amerika Syarikat. Seekor Bengal mempunyai rupa dan penampilan seekor kucing liar. Saiz badan, sikap dan perangainya bertentangan dengan penampilannya kerana ia merupakan seekor yang jinak seperti kucing domestik.

Kalau anda melihat kot bulunya, ia teramatlah cantik dengan corak marmarnya atau corak tompok seperti harimau bintang. Anda juga boleh dapati baka ini dalam pelbagai warna. Bengal juga adalah seekor kucing yang aktif dan mempunyai sikap ingin tahu yang kuat. Jangka hayat bagi seekor Bengal adalah 12 hingga 16 tahun. Itupun bergantung kepada kesihatan dan keperluannya yang dijaga rapi oleh tuannya.

Selain itu, ia mempunyai berat purata 3.6 kg hingga 5.4 kg dan ketinggian dari 33 cm hingga 40 cm. Sekiranya anda mencari kucing yang berperangai santai dan suka tidur, Bengal bukanlah pilihan terbaik untuk anda.

2.    Kucing Toyger

kucing toyger seperti harimau

Seterusnya, Toyger adalah kacukan antara Bengal dan Shorthair domestik yang berbelang. Mempunyai saiz badan yang sederhana dengan corak belang seperti seekor harimau. Warna kot bulu hanyalah oren – hitam dan coklat.

Ia mempunyai sikap yang peramah, dan tenang. Terkenal juga dengan sikap mesra dan kejinakannya. Oleh itu, Toyger ini amat sesuai untuk menjadi peneman hidup anda sekeluarga. Malah kucing ini sesuai bagi anda yang mempunyai anak kecil dan haiwan peliharaan lain. Selain itu, seekor toyger ini boleh hidup 13 tahun atau lebih bergantung kepada persekitarannya.

3.    Oricat

oricate si harimau jadian

Kucing ini mendapat nama sedemikian kerana penampilannya saa seperti seekor Ocelot (kucing liar berbintik kecil dan berbelang), Oricat dihasilkan daripada kacukan Siamese dan Abyssinian, serta American Shorthairs. Ini adalah satu – satunya baka domestik yang dibiakkan secara terperinci. Badannya amat besar dan aktif bermain. Berat bagi seekor jantan boleh mencapai berat 4.5 kg sehingga 7 kg manakala seekor betina pula 3 kg sehingga 4.5 kg sahaja.

4.    Savannah

savannah harimau kecil

Dikenali sebagai baka kucing peliharaan terbesar. Kucing Savannah adalah kacukan antara kucing domestik dengan kucing liar Serval. Seekor jantan boleh mencapai berat 11 kg manakala seekor betina pula amat ringan, 5.4 kg paling berat.

Savannah boleh membesar setinggi 17 cm dan ianya dinobatkan sebagai kucing domestik tertinggi didunia oleh Guinness World of Record. Penampilannya tidak ubah seperti seekor Cheetah. Seterusnya, baka ini boleh hidup bersama tuannya selama 20 tahun daripada seekor anak kucing sampailah ia tua.

5.    Egyptian Mau

egyptian mau

Egyptian Mau amat terkenal dengan kelincahan dan kelajuannya. Tambahan pula, ia adalah satu – satunya spesies yang dijinakkan dengan kot bulu bertompok semula jadi. Baka ini telah termasuk dalam kategori kucing bersaiz sederhana. Seekor betina mempunyai berat 2.7 kg hingga 3.6 kg manakala seekor jantan pula mempunyai berat 3.6 kg hingga 4.5 kg.

Salah satu ciri penampilan yang unik daripada Egyptian Mau ini adalah matanya yang besar itu. Matanya amat unik dengan warna “hijau gooseberry” yang terang. Selain itu, anda juga akan dapati ia sangat pintar dan amat setia dengan tuannya. Ini menjadikan Egyptian Mau ini sebagai kawan baik yang sempurna buat anda.

Anda boleh dapatkan pelbagai fakta menarik tentang haiwan disini.

Artikel lain: Spesies Memerang, Spesies Musang, Spesies Arnab