Animal Pet

5 Baka Kucing Hypoallergenic Yang Boleh Anda Pelihara

Pengenalan

Sekiranya anda menghidap alergi kucing, anda mungkin akan berfikir dua kali untuk pelihara seekor kucing. Sesetengah orang akan ada alergi sebaik sahaja kucing dekat dengan mereka. kehadiran si miow cukup untuk menyebabkan mata gatal dan bersin. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat keturunan kucing hypoallergenic tertentu yang mungkin tidak menimbulkan alahan anda? Ada beberapa ekor baka yang hypoallergenic yang anda boleh dapat di Malaysia. Teruskan membaca untuk mencari baka hypoallergenic yang anda boleh pelihara.

Kucing Bengal

Kucing Bengal

Baka eksotik yang berharga ribuan ini amat digemari oleh orang ramai. Baka Bengal yang eksotik ini amat aktif dan liar walaupun di dalam rumah ataupun di luar rumah. Baka hypoallergenic ini telah mendapat popularitinya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kerana keperibadiannya yang luar biasa dan fizikal yang hebat. Spesies Bengal dikatakan menghasilkan protein Fel d 1 sedikit daripada baka yang lain. Bulunya juga kurang gugur. Oleh itu, ramai pemilik yang mengalami alahan melaporkan bahawa spesies Bengal ini kurang mencetuskan masalah alahan tersebut.

Kucing Siberian

Kucing Siberian

Kucing Siberia adalah salah satu baka hypoallergenic. Ianya mempunyai bulu panjang dan tebal yang tahan terhadap cuaca yang sejuk dan bersalji. Ini bermaksud baka Siberia ini sebenarnya menghasilkan protein Fel d 1 yang jauh lebih sedikit daripada baka lain. Ketahuilah bahawa kucing ini mempunyai kos pemeliharaan yang cukup tinggi daripada segi keperluan rawatan, dan dandanan bulunya yang diperlukan beberapa kali seminggu. Terutama pada musim bunga dan musim luruh.

Selain itu, baka Siberia ini mempunyai sikap dan perangai yang baik serta suka bermain. Ketiga – tiga pakej ini telah menambat hati orang ramai untuk membelanya. Namun keperibadian lemah – lembut menjadikan kucing ini sebagai pilihan utama untuk pelihara dan menjadi ahli keluarga baru kerana ia tidak bergurau kasar dengan kanak – kanak kecil. Dengan penampilan mereka yang comel dan gebu, banyak yang menganggapnya tidak dapat bertahan pada musim panas.

Russian Blue

Russian Blue

Baka ini amat terkenal kerana penampilan kot bulu kelabunya yang cantik. Ia juga mempunyai mata berwarna zamrud atau hijau yang berkilau. Baka ini adalah haiwan peliharaan yang menakjubkan. Hal ini kerana walaupun Russian Blue memiliki kot bulu yang tebal dan padat, ia hanya menghasilkan sedikit sahaja protein Fel d 1. Secara tidak langsung, ini menjadikannya sebagai pilihan yang terbaik bagi mereka yang mengalami alahan kucing.

Cornish Rex and Devon Rex

Cornish Rex

Baka ini yang mempunyai bulu yang sangat sedikit dan kerinting. Walaupun begitu, ia mempunyai keperibadian yang hebat seperti suka bermain dan sangat pintar.

Cornish Rex mempunyai penampilan yang kelihatan seakan oriental dan hanya mempunyai lapisan bawah di kot bulunya. Baka ini amat berbeza dengan kebanyakan baka kucing kerana ia mempunyai tiga lapisan kot bulu iaitu bulu pelindung lapisan atas, tengah dan juga bawah. Selain itu, baka Cornish Rex ini mempunyai kot bulu yang sangat lembut.

Devon Rex

Sebelum itu, Devon Rex mempunyai beberapa ciri fizikal yang mudah dikenali yang menjadikannya unik daripada baka Cornish Rex. Ini termasuklah telinganya yang besar, misai yang pendek, dan kaki yang sedikit pendek tetapi berotot. Baka Devon Rex juga kelihatan sama seperti seekor Pixie dan mempunyai tiga lapisan kot bulu. Nama Bulu mereka kelihatan lebih lembut dan lebih gebu walaupun kerinting. Kedua – dua baka Rex ini dianggap sebagai baka hypoallergenic dan lembut seperti seekor arnab Rex.

Sphinx

Kucing Sphinx

Sphynx adalah seekor baka yang tidak mempunyai bulu. Badannya hanya mempunyai bulu yang lembut di kawasan tertentu, seperti telinga. Baka hypoallergenic ini sangat sesuai untuk mereka yang mengalami alahan kerana Baka ini hampir tidak mempunyai kot, jadi protein alergenik yang dihasilkan oleh air liur tidak dapat terperangkap di bulu mereka.

Anda seronok membaca tentang kucing hypoallergenic diatas? Kalau anda tidak puas membaca, anda boleh tekan disini untuk melihat fakta – fakta haiwan lain yang menarik.

Artikel lain: Baka Arnab Terbesar, Baka Hamster Peliharaan, Spesies Musang Peliharaan, Baka Kucing Peliharaan (Harimau)