susu whey title

Kebaikan Susu Whey Pada Tubuh Badan Anda

Susu diperbuat daripada dua protein, kasein dan whey. Bahagian protein whey dapat dipisahkan daripada bahagian kasein dalam susu atau dijadikan sebagai produk sampingan pembuatan keju. Protein whey dianggap sebagai protein yang lengkap kerana mengandungi semua 9 asid amino penting. Ia juga mempunyai kandungan laktosa yang rendah.

Protein whey adalah antara makanan tambahan yang paling banyak dikaji di dunia, dan untuk alasan yang baik. Ia mempunyai nilai pemakanan yang sangat tinggi, dan kajian saintifik telah menunjukkan banyak manfaat kesihatan. Dibawah telah disenaraikan 5 kebaikan untuk tubuh badan anda.

susu whey

Whey adalah Sumber Protein Berkualiti Tinggi

Ia adalah pecahan protein whey. Kalau lebih mendalamnya, ia merupakan cecair yang dipisahkan daripada susu semasa pengeluaran keju. Selain itu, ia adalah protein berkualiti tinggi yang lengkap dengan 9 kandungan asid amino yang penting.

Protein ini juga sangat mudah untuk dicerna oleh perut anda,dan diserap oleh bahagian usus dengan cepat berbanding jenis protein lain. Kualiti ini menjadikannya salah satu sumber protein makanan terbaik untuk ketika ini.

Terdapat tiga jenis utama serbuk protein whey yang anda boleh dapatkan di kedai kesihatan. Antaranya ialah whey concentrate (WPC), whey isolate (WPI), dan whey hydrolysate (WPH). Jenis concentrated adalah yang paling biasa, dan juga yang paling murah anda boleh beli. Sebagai makanan tambahan, protein jenis ini amat popular di kalangan ahli bina badan, atlet, dan juga peminat sukan yang menginginkan protein tambahan dalam makanan mereka.

susu whey

Whey Protein Menggalakkan Pertumbuhan Otot

Anda perlu tahu yang jisim otot akan merosot secara semula jadi seiring dengan usia anda yang kian bertambah. Oleh itu, latihan kekuatan 5 kali seminggu ditambah pula dengan pengambilan makanan berprotein tinggi atau makanan tambahan protein terutamanya protein whey telah terbukti berkesan. Anda juga boleh menggunakan beberapa supplement untuk meningkatankan otot seperti yang diterangkan disini.

Walau bagaimanapun, protein whey sangat berkesan kerana seperti yang telah dinyatakan, protein ini kaya dengan asid amino rantai bercabang (BCAA) yang disebut sebagai leucine. Oleh kerana itu, pengambilannya amat berkesan untuk menaikkan otot yang berkaitan dengan usia. Selain daripada peningkatan saiz otot, anda juga boleh melihat peningkatkan kekuatan dan badan anda juga akan kelihatan lebih tegap.

Namun, anda perlu ingat kalau diet anda mempunyai kekurangan protein daripada makanan, makanan tambahan mungkin tidak akan memberi perbezaan yang ketara terhadap badan anda.

Whey Protein Boleh Menurunkan Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi yang tidak normal iaitu keadaan hipertensi adalah salah satu faktor risiko utama penyakit jantung. Penggunaan produk tenusu boleh membuatkan tekanan darah berkurangan. Tetapi macam mana?

Satu kajian telah mengkaji kesan protein whey pada tekanan darah. Satu kajian telah dibuat pada peserta yang berlebihan berat badan (obesiti) telah menunjukkan bahawa pengambilan protein sebanyak 54 gram sehari selama 12 minggu dapat menurunkan tekanan darah sistolik sebanyak 4%. Selain itu, protein kasein juga turut memberi kesan yang sama. Ini disokong oleh kajian lain yang mendapati kesan yang ketara apabila peserta diberi protein 22 gram sehari selama 6 minggu.

Whey Protein Sangat Memuaskan (Mengisi), Yang Boleh Membantu Mengurangkan Kelaparan

Mesti anda tak percayakan minum susu protein ini dapat mengisi perut anda sampai kenyang. Susu protein ini mampu mengelakkan anda terfikir atau mengidam untuk makan banyak kali dan juga makan hidangan besar. Sesetengah makanan adalah lebih kenyang daripada yang lain. Selain itu, makanan ini adalah dalam kategori makronutrien yang dipecahkan kepada tiga iaitu karbohidrat, protein dan juga lemak. Protein adalah yang paling cepat untuk berasa kenyang daripada makronutrien yang lain. Walau bagaimanapun, makanan sebenar yang mengandungi protein terbukti lagi kenyang daripada makanan tambahan susu protein

Sifat ini menjadikannya sangat berguna bagi mereka yang perlu makan lebih sedikit kalori dan menurunkan berat badan.

Whey Protein Dapat Membantu Anda Menurunkan Berat Badan

Penggunaan susu protein telah pun mendapat perhatian ramai oleh kerana ia mampu menurunkan berat badan. Anda juga perlu tahu jika anda makan lebih banyak protein, anda boleh mendorongkan penurunan lemak pada badan. Antara dorongannya adalah Menahan selera makan (menyebabkan pengambilan kalori berkurang.), meningkatkan metabolisme, membantu anda membakar lebih banyak kalori dan juga mengekalkan jisim otot.

Kesimpulannya

Protein whey sangat mudah dimasukkan ke dalam diet. Ia dijual sebagai serbuk yang dapat ditambahkan ke smoothie, yogurt, atau hanya dicampurkan dengan air atau susu. Terdapat pelbagai pilihan yang anda boleh beli lebih – lebih lagi perisa yang ada dan juga saiz bekas. Kedua – dua ini amat penting kerana kalau sedap mesti anda nak lagi kan.

Setiap bekas susu protein yang anda beli telahpun disertakan panduan untuk minumnya. Kebiasaannya, 1 serving pada waktu pagi dan 1 serving lagi selepas bersenama ( dalam jangkaan masa 30 minit selepas bersenam atau 2 jam sebelum makan malam). Ini sudah cukup untuk menampung jumlah protein dalam harian anda.

Sebelum itu, anda perlu diingat bahawa pengambilan terlalu banyak protein tiada guna kerana tubuh anda hanya dapat menggunakan sejumlah protein yang terhad pada waktu tertentu.

Sekiranya anda tidak bertoleransi laktosa, protein hydrolysate atau isolate mungkin lebih sesuai daripada pekat. Susu protein hanya boleh meningkatkan pengambilan protein anda sedikit sahaja, tetapi juga mempunyai beberapa manfaat kesihatan yang kuat. Selebihnya anda perlu makan lebih banyak protein daripada daging, ayam, tenusu dan juga ikan.

Anda boleh melihat pelbagai fakta makanan dan nutrisi disini.