Technology

Headphone Harga Bawah RM500 2021

Pengenalan

Headphone over- ear dan juga on – ear masih merupakan penggayaan teknologi terbaik jika anda menghargai keselesaan, kualiti audio dan tahap suara di atas yang lain. Ya, earbud terbaik di pasaran adalah mudah dan kualiti audio mereka juga (kebanyakan) hebat. Akan tetapi ketika mendengar secara serius, masih banyak faedah yang jelas lagi nyata untuk sepasang headphone yang boleh menutupi seluruh telinga anda dan menyekat semua gangguan luaran.

Berikut adalah senarai model – model yang berharga bawah RM500 berdasarkan harga yang kami lihat pada 1 Mac 2021.

JBL Live 400BT Wireless On-Ear Headphone RM499

headphone

Untuk headphone pertama dalam senarai ini adalah yang paling dekat dengan angka RM500. Oleh kerana ia teramat dekat, bunyi yang hebat adalah paling mustahak. Jadi anda semesti perlu gunakan JBL LIVE400BT tanpa wayar ini. Nak tahu kenapa? Kerana ia dilengkapi dengan pemacu besar 40mm dimana memberikan JBL LIVE400BT audio tersendiri atau signature yang hanya ada pada jenama JBL sahaja. Pad telinga yang anda pakai dikelilingi dengan bass yang sempurna sehingga setiap lagu atau musik kegemaran anda adalah pada tahap yang tertinggi.

Selain itu, ia juga mempunyai akses kepada Google Assistant dan Amazon Alexa dengan mudah. Anda hanya perlu tekan butang di pad telinga sahaja. Nak mainkan semua lagu dalam senarai kegemaran anda, hantar teks kepada rakan anda atau periksa cuaca? Anda boleh gunakan voice command sahaja tanpa melihat skrin smartphone anda.

Ciri:

  • 40mm pemacu dan bass tersendiri
  • Akses Google Assistant / Amazon Alexa / Bixby / Siri
  • TalkThru mode boleh menurunkan musik atau lagu secara automatik
  • 24 jam hayat bateri dan 2 jam masa cas semula

Steel Series Arctis 1 Wireless Headphone RM489

headphone

Dari PC ke PS4, Nintendo Switch to Android, SteelSeries Arctis 1 Wireless adalah gaming headphone tanpa wayar 4 dalam 1 yang siap untuk dimainkan oleh anda di mana sahaja. Tanpa wayar 2.4 GHz kategori Gaming ini dilengkapkan dengan audio dan panggilan latensi ultra rendah pada PC, Switch, dan PS4. Latensi adalah masa delay antara anda dengan penggunaan masa aplikasi untuk membalas.

Selain itu, SteelSeries Arctis 1 ini menggunakan dongle wireless USB-C di Nintendo Switch atau telefon Android anda untuk mendapatkan pengalaman audio dan panggilan yang sama semasa anda dalam perjalanan.

Ciri Utama:

  • Wireless latensi ultra rendah untuk PC, PS4, Nintendo Switch, dan Android
  • Noise – cancelling ClearCast yang diperakui oleh Discord mikrofon yang boleh dicabut
  • Pemacu pembesar suara berprestasi tinggi yang sama dengan Arctis 7 yang memenangi anugerah
  • Diperkuatkan dengan steel – reinforced untuk kesesuaian yang sempurna dan ketahanan yang hebat
  • Hayat 20 jam semasa aktif

Logitech G433 7.1 Gaming Headset RM470

headphone

Gamers hanya perlukan audio yang berprestasi yang terbaik. Maka dengan alasan yang baik ini Logitech telah membawa reka bentuk bunyi yang lebih hebat pada harga yang berpatutan. G433 adalah satu pakej yang memberi audio yang luar biasa dalam reka bentuk yang sangat ringan, tahan lama dan selesa. Pro – G Pemacu Audio menghasilkan bass yang kuat dan jelas hasil sampai boleh menurunkan gangguan secara mendadak.

Tambahan pula, G433 boleh digunakan pada PC, PS4, Xbox One, Nintendo Switch, smartphone dan juga tablet. Jika anda dalam perjalanan ke percutian, anda boleh bawanya tanpa perlu risau akan kerosakan yang teruk kerana ia boleh dicabut (mikrofon dan kabel).

Ciri:

  • Pro G Pemacu Audio
  • Ringan dan tahan lasak
  • Voice chat yang diiktiraf, kualiti komunikasi yang jelas
  • Boleh diguna pakai oleh pelbagai alat
  • Detachable ( mikrofon dan kabel)

JBL T600BTNC Wireless On-Ear Headphone RM459

headphone

Seterusnya, memperkenalkan model tanpa wayar dan aktif pembatalan bunyi, JBL TUNE600BTNC. Model ini adalah penyelesaian bagi anda yang seringkali terganggu dengan bunyi bising dari luar rumah anda. Dibina padat dan ringan untuk kegunaan seharian malah boleh dilipat untuk dibawa kemana sahaja. JBL TUNE600BTNC mempunyai pemacu JBL 32mm yang membantu menyampaikan audio JBL Pure Bass.

Ciri:

  • JBL Pure Bass memberi audio mendalam dan kuat
  • Aktif Pembatalan bunyi luar untuk pengalaman audio yang terunggul
  • 12 jam hayat bateri dan 2 jam masa cas semula
  • Kawal panggilan anda melalui tiga butang yang disediakan dan juga mikrofon JBL.
  • Ringan dan boleh dilipat

SteelSeries Arctis 3 Wire 7.1 Headphone RM442

headphone

SteelSeries Arctis terkenal dengan pemberian audio yang hebat. Lagi mahal harganya, lagi sedap didengar. Model Arctis 3 ini boleh merangsangkan telinga audiophile di luar sana.

Dilengkapi dengan AirWeave Ear Cushion iaitu fabrik yang digunakan pada pad telinga berprestasi atlet gaming. Fabrik ini tidak membuatkan telinga anda berpeluh malah menyejukkan lagi kedua belah telinga anda.

Ciri:

  • Pemacu Speaker S1
  • Mikrofon Clearcast
  • Pengikat kepala ski goggle muat dan selesa pada kepala anda dan menghilangkan titik tekanan.
  • Airweave Ear Cushion yang empuk

SteelSeries Arctis 5 Gaming Headphone RM439

headphone

Arctis 5 adalah headphone RGB Gaming Headset yang terunggul. Dengarkan perincian yang amat menakjubkan dalam semua game anda dengan audio Arctis yang telah memenangi anugerah audio terbaik dan DTS Headphone generasi seterusnya iaitu surround sound X v2.0. Mikrofon Clearcast dua arah yang diiktiraf oleh Discord membolehkan anda berkomunikasi dengan jelas.

Berkenaan dengan lampu RGB di tepi kiri kanan itu bukan saja – saja untuk ditunjuk. Anda boleh memilih warna kegemaran anda daripada 16.8 juta warna dan reka perubahan warna dan effect tersendiri. Nak lagi hebat anda boleh pautkan pada semua alat SteelSeries dengan warna anda melalui Prism Sync.

Ciri:

  • Mikrofon terbaik dalam gaming diiktiraf oleh Discord
  • Boleh set warna, membuat peralihan dan juga effect tersendiri

Marshall Major III On-Ear Headphone RM429

headphone

Major III adalah klasik moden yang direka semula dengan pengikat kepala yang kemas, engsel 3D yang langsing dan bantal telinga yang dibina semula untuk memberi keselesaan yang terbaik untuk telinga anda. Sementara wayar gelung lebih tebal dengan perendam (damper) getah yang diperkuatkan bagi menyumbang kepada keseluruhan kualiti binaan yang terhebat ini.

Ciri:

  • Satu butang kawalan dengan mikrofon
  • Boleh kongsi muzik dengan pendengar lain dengan hanya masukkan kabel ke dalam soket 3.5mm kedua.
  • Boleh dilipat dan rekaan ergonomik

Edifier W830BT Wireless Over-Ear Headphone RM428.50

headphone

Headphone Over – Ear dilengkapi dengan bluetooth tanpa wayar berjenama Edifier telah masuk dalam senarai ini. Pad telinga yang lembut seperti bantal menutupi pemacu Bluetooth v4.1 aptX codec N FC tech dengan 95 jam. Pemacu 40mm menghasilkan bass mendalam yang kaya.

Walaupun model Bluetooth W830BT terletak dengan lembutnya di kepala anda, anda boleh lagi mendengar bass mendalam yang kaya hasil Edifier terkenal. Muzik genre seperti EDM, Jazz, Hip Hop dan lain – lain yang hebat boleh dimanfaatkan suara bass yang hebat.

Ciri:

  • Ergonomik pad telinga extra lembut
  • Pengikat kepala yang tahan lasak
  • 95 jam hayat bateri (4 hari) dan 1500 jam standby
  • Boleh dilipat dan dibawa ke mana – mana

Jabra Move Style Bluetooth Over-Ear Headphone RM419

headphone

Dapatkan kualiti bunyi yang amat menakjubkan daripada Jabra. Bunyi digital yang jelas khas daripada Jabra (Digital Signal Processing) DSP yang mampu memberikan audio muzik, filem dan panggilan anda lebih mendalam dan jelas. Dimana saja anda berada, anda boleh teruskan mendengar muzik sepanjang hari. Pengikat kepalanya yang sangat ringan dan selesa boleh membuatkan anda memakai Move Style Edition sepanjang hari.

Ciri:

  • Mempunyai butang yang boleh mengawal panggilan dan muzik
  • Dibekalkan kabel 3.5mm
  • 14 jam hayat bateri dan 12 hari masa standby.

Audio-Technica ATH-M30X CG On-ear Professional Monitor Headphone RM418

headphone

Dengan kejelasan audio yang menakjubkan dan juga pengasingan suara, ATH-M30x telah disesuaikan untuk audio yang sangat terperinci.

Menampilkan definisi tersendiri dengan headphone serba boleh ini yang boleh dipakai dalam pelbagai keadaan. Direka khas untuk keutamaan studio tracking dan mixing.Jenama Audio – Technica amat serius dalam mereka bentuk model ini sehingga menawarkan ciri tambahan untuk dibawa kemana sahaja, menjadikannya pilihan yang bagus untuk anda mendapat sumber inspirasi dari pelbagai tempat sambil mendengar muzik.

Ciri:

  • Pemacu 40mm
  • Direka khas untuk memberi keselesaan terbaik pada telinga anda
  • Pembatalan bunyi

SteelSeries 51204 Siberia 350 On-Ear-Headphone RM404

headphone

Headphone Gaming Siberia 350 dibina hanya untuk satu tujuan sahaja iaitu untuk gaming dan gaming sahaja. Pemacu pembesar suara SteelSeries generasi terbaru yang kuat diperkuatkan lagi dengan DTS Headphone: Surround sound X 7.1 dimana mampu memberikan audio yang lebih terperinci untuk sesi gaming anda.

Ciri:

  • Ringan dan boleh diubah keselesaannya
  • On-cable volume control dan juga butang mute tersedia pada pad telinga sebelah kiri
  • Pembatalan bunyi luar (Noise – Cancellation Total Isolation)

Artikel lain: Smartphone Bawah RM500

Teruskan bacaan anda disini.