Technology

Headphone Harga Bawah RM1500 2021

Pengenalan

Minggu lepas kami telah mengeluarkan satu senarai headphone bawah harga RM500. Jika tidak melihat lagi, anda boleh tekan disini. Untuk minggu ini, kami membawa senarai baru yang lebih berkualiti tinggi. Kualiti tinggi juga bermakna harganya tinggi juga. Apa yang membezakan kualiti harga mahal berbanding dengan kualiti harga murah adalah terletak pada sistem bunyi, penampilan dan juga ketahanannya.

Dibawah ini adalah senarai model – model headphone berharga bawah RM1500.

Beats Studio3 Wireless Noise Cancelling Over-Ear Headphone RM1,429

headphone

Pertama sekali dalam senarai ini adalah Beats Studio 3 Skyline Collection. Apa yang hebat pasal headphone ini sampai harga pun nak mencecah RM1,500? Skyline Collection mampu meningkatkan pengalaman mendengar anda dan juga menampilkan pengalaman mendengar yang premium (high class) dengan Pure Adaptive Noise Cancelling (Pure ANC).

Pure ANC bermaksud yang model ini boleh menyekat bunyi bising dan mengekalkan kejernihan atau jelas dan suasana audio yang penuh di telinga anda. Tambahan pula, hayat bateri bagi Skyline Collection ini mampu bertahan sehingga 22 jam dengan Pure ANC dihidupkan manakala 40 jam pada mod kuasa rendah untuk membolehkan anda menghadapi penerbangan yang lama dengan selesa sambil mendengar lagu kegemaran anda.

Ciri:

  • Pure Adaptive Noise Cancelling (Pure ANC)
  • Pertukaran yang lancar dengan semua peranti Apple anda
  • Class 1 Bluetooth, memberi prestasi terbaik untuk signal jarak jauh dan kuat
  • Direka untuk keselesaan jangka panjang, bantal telinga yang lembut mempunyai ventilasi canggih dan ergonomik khas yang dapat memuatkan bentuk kepala
  • Ringan dan tahan lasak

Sony MDR-1AM2 Headphone RM1,299

headphone

Seterusnya, ditangga kedua adalah jenama Sony. Sony tidak pernah mengecewakan para pembeli dengan setiap model terkini. Sony MDR-1AM2 mampu memukau anda dengan bunyi atau suara yang tepat dan kejelasan spektrum penuh. Dan bagi penampilannya juga tiada bandingan dengan reka bentuk yang ringan dan earpad yang empuk lagi lembut, anda boleh mendengar berjam – jam dengan selesa.

MDR 1AM2 ini sesuai untuk peminat muzik di luar sana.

Ciri:

  • Pemacu HD 40mm
  • Pitch tertinggi yang sempurna,
    • Gril bercorak Fibonacci yang direka khas melindungi pemacu sambil meminimumkan damping frekuensi resolusi tinggi, sehingga anda dapat menikmati setiap perincian nota ultra tinggi.
  • Audio seimbang
  • Pressure – relieving earpads
  • Ringan dan tahan lasak,

Beats Solo Pro On-Ear Headphone RM1,299

headphone

Dapatkan inspirasi terbaru anda dengan headphone tanpa wayar Solo Pro keluaran Beats ini. Untuk menyampaikan audio seperti yang anda mahukan, Solo Pro menampilkan dua mod mendengar iaitu Aktif Pembatalan Kebisingan (ANC) dan mod Transparency. Setiap perincian Solo Pro telah dipertimbangkan dengan teliti oleh pakar Beats hingga ke cara intuitif yang menakjubkan iaitu anda boleh menghidupkan dan mematikan melalui lipatan sahaja. Reka bentuk ergonomik memberikan keselesaan yang luar biasa untuk gaya pemakaian yang hebat.

Tambahan pula, Solo Pro membolehkan anda terus mendengar muzik dengan jangka hayat bateri sehingga 22 jam dan anda boleh mendengar di mana sahaja hari anda membawa anda.

Ciri:

  • Easy-to-use Voice Control
  • Integrated on – ear control
  • Class 1 Bluetooth, jarak jauh
  • Mempunyai audio sharing, boleh berkongsi muzik dengan kawan
  • Fast charging, 10 minit cas membolehkan anda mendengar selama 3 jam
  • Unfold and Go, buka lipatan headphone dan dengar selalu tanpa menekan butang

Audio-Technica ATH-WS990BT Wireless Over-Ear Headphone RM1,220

headphone

Headphone ATH-WS990BT menggabungkan pemacu Deep Motion 53 mm eksklusif dengan litar magnetik fluks yang besar dan juga teknologi bluetooth terkini untuk menyampaikan audio dengan bass yang menakjubkan. Kekuatan magnet litar yang kuat menghasilkan tindak balas diaphragm yang dinamik dan disesuaikan dengan baik untuk menghasilkan semula frekuensi rendah yang mendalam dan jelas dan frekuensi pertengahan hingga tinggi yang terperinci.

Selain menyediakan audio berkualiti tinggi, model ATH-WS990BT juga mempunyai fungsi noise – cancellation dan hear – through yang memberi anda kawalan yang lebih hebat terhadap interaksi anda dengan bunyi bising dari dunia luar.

Ciri:

  • Active Noise – Cancellation, mengelakkan anda dengar bunyi bising
  • Hear – Through function, memberi ruang untuk orang bercakap atau pengumuman supaya anda masih peka dengan sekeliling
  • Hayat bateri mencecah 30 jam dengan penggunaan secara berterusan (cas penuh)
  • Pad telinga lengkap dengan 2 lapisan memory-foam yang ekslusif.

SteelSeries Arctis Pro Gaming Headphone RM1,199

headphone

SteelSeries terkenal dengan pengeluaran produk berfokus kepada gaming teknologi. Oleh kerana itu, setiap komponen sistem audio Arctis Pro + GameDAC Hi-Res dirancang dengan terperinci untuk mengekalkan audio yang kuat dan jelas, dari output digital PS4 atau PC hingga ke telinga anda.

Ciri:

  • GameDAC: Digital to Analog Converter
  • Premium Hi-Res Speakers, kiri dan kanan
  • Boleh mengawal warna di telinga dengan menggunakan menu GameDAC intuitive OLED
  • Arctis mikrofon Clearcast

JBL Everest Elite 750NC RM1,199

headphone

JBL Everest Elite 750NC serba baru benar – benar berbentuk sempurna di sekeliling anda. Direka dengan sempurna oleh pakar jurutera audio ini membolehkan anda menikmati kebebasan tanpa wayar dengan keseronokan mendengar sehingga 20 jam dengan sekali caj.

Dalam mod Adaptive Noise Cancelling (ANC), kendalikan apa yang anda mahu dengar sehingga 15 jam.

Ciri:

  • JBL Pro Audio, alami pengalaman yang menakjubkan seperti speaker di konsert, studio hall dan juga ruang tamu yang telah direka selama 70 tahun.
  • Adaptive Noise Cancelling, kawal ANC menggunakan My JBL Headphones App atau butang di earpad
  • Fast Charging 3 jam sahaja
  • TruNote Auto Sound Calibration, kawal mod kegemaran anda samada Jazz, Hiphop atau Pop mengikut genre lagu anda dengarkan.

Apple Beats Solo 3 Wireless Headphone RM1,179

headphone

Sekali lagi Beats tersenarai dan model Solo 3 Wireless ini mempunyai jangka hayat bateri sehingga 40 jam! Beats Solo3 Wireless kemungkinan akan menjadi kegunaan harian anda yang sempurna berbanding jenama lain. Rasakan muzik atau lagu kegemaran anda dengan pengalaman mendengar melalui Beats yang telah memenangi anugerah.

Ciri:

  • Apple W1 Cip Pemprosesan, penukaran yang lancar antara peranti Apple yang lain
  • Fast Charging 5 minute, anda boleh mendengar selama 3 jam secara berterusan
  • Earpad yang empuk lagi lembut

Sony WH-H900N h.ear on 2 Wireless Headphone RM1,159

headphone

Nikmati audio premium dengan Sony WH-H900N h.ear on 2 Headphone Wireless. Anda bukan sahaja dapat mendengar audio yang berkualiti tinggi, malah anda juga dapat memilih pelbagai warna yang unik untuk samakan dengan mood harian anda. Rangkaian h.ear baru hadir dalam warna yang sesuai dengan gaya hidup anda. Nada berfungsi dengan spektrum warna dan warna yang berbeza.

Tambahan pula, ringan dan ergonomik, fon kepala boleh dilipat apabila tidak digunakan lagi. Dan apabila anda menggunakannya, penutup telinga lembut tetap selesa sepanjang hari. Nikmati nuansa halus suara berkualiti studio lebih tinggi daripada kualiti CD dengan Audio Resolusi Tinggi.2 Gairah untuk muzik menyatukan setiap komponen dari isyarat ke pembesar suara, sehingga terasa seperti artis yang tampil tepat di hadapan anda.

Ciri:

  • Ambient Sound mode, membolehkan anda mendengar bunyi penting seperti pengumuman, trafik atau orang sedang berbual dengan anda
  • Fine Tune Equaliser
  • Adaptive Noise Cancellation
  • Hayat bateri 28 jam
  • Fast Charging 10 minit, anda boleh mendengar selama 65 minit berterusan

Apple Beats Studio Wireds On-Ear Headphone RM1,132

headphone

Fon kepala yang paling terkenal di dunia telah direka semula dan dibayangkan semula. Beats Studio yang baru lebih ringan, lebih seksi, lebih kuat, dan lebih selesa dan Ia mempunyai semua tenaga dan kegembiraan yang anda harapkan dari Beats, ditambah dengan bunyi yang direka semula.

Ciri:

  • Beats Acoustic Engine, DSP software ciptaan Beats direka untuk menghasilkan pengalaman yang menakjubkan.
  • Adaptive Noise Cancellation (ANC)
  • Ringan dan tahan lasak

Marshall Monitor Headphone RM1,036

headphone

Monitor merangkumi kuasa dan kekuatan Marshall dengan kehebatan hi-fi dan audio yang terunggul. Selain itu, ini adalah model over – ear pertama dari jenama Marshall, rekabentuk telinga yang sempuran memberikan pengasingan bunyi yang unggul, tetap ringan di telinga anda semasa kerja seharian atau bersantai dirumah pada hari cuti.

Ciri:

  • Android Remote
  • F.T.F system, Felt Treble Filter adalah sistem Marshall tersendiri untuk menghasilkan audio seperti studio.

Artikel lain: Smartphone Bawah RM1500, realme N1 Electric Toothbrush, realme Buds Wireless Pro, realme Buds Air Pro

Anda boleh melihat pelbagai tajuk lagi disini.