Gula Halus Perlu Dielakkan Demi Kesihatan Anda

Pengenalan

Gula halus telahpun digunakan dalam makanan harian kita sejak akhir-akhir ini. Ia telah dimasukkan ke dalam sebahagian besar processed food. Selain itu, ia juga bersembunyi di dalam roti, sos, salad dressing, dan juga buah yang dibekukan. GIa mempunyai pelbagai nama termasuk High Fructose Corn Syrup, Corn Syrup, Sukrosa dan Fruktosa. Pengeluar makanan menyembunyikan bahan toksik ini ke dalam senarai ramuan untuk menjadikan makanan kita lebih sedap. Untuk mendapat maklumat lebih lanjut tentang gula ini anda boleh tekan pautan ini.

Ia menyumbang kepada sejumlah besar kesan kesihatan negatif. Antara kesan negatif terhadap kita termasuklah kerosakan gigi, penyakit kronik, dan juga barah. Anda boleh pilih untuk elak pengambilannya atau terus mengambilnya.

Gula Pembawa Penyakit

Gula Adalah Ketagihan

Seperti ubat, ia mampu merangsang pembebasan dopamin. Dopamin berperanan dalam bagaimana kita merasakan keseronokan. Ketika kita mengambil gula, tubuh kita akan menghasilkan lebih banyak reseptor dopamin yang akan mendorong kita untuk mengambil lebih banyak. Hal ini mengakibatkan pengambilan yang terlebih.

Gula Merosakkan Sistem Imunasi

Gula juga mampu merendahkan kecekapan sel darah putih selama berjam-jam selepas pengambilannya. Seterusnya, ia juga mengganggu sistem pertahanan badan dan menghalang kemampuan kita untuk melawan penyakit dan jangkitan.

Gula Mengambil Mineral Penting Daripada Badan

JIka anda nak tahu gula mempunyai kosong kalori dan tiada nilai nutrisi. Ia juga menyebabkan mineral penting seperti natrium, kalium, magnesium dan kalsium dilepaskan daripada badan. Ini boleh melemahkan gigi dan tulang. Kerosakan gigi serta gusi akan kerap berlaku dan penyakit seperti osteoporosis akan hadir dalam diri anda jika terus mengambilnya dengan banyak.

Penyebab Ketahanan Insulin, Diabetes & Naik Berat Badan

Insulin mendorong glukosa ke sel badan melalui saluran darah. Glukosa darah akan meningkat menjadi toksik kepada badan. Apabila jumlah glukosa berlebihan tidak dapat digunakan dengan betul, pankreas mula mengeluarkan insulin untuk mengeluarkannya dari saluran darah. Ini menyebabkan tubuh menjadi insulin resistance. Apabila badan menjadi ketahanan insulin, pankreas akan berhenti menjalankan tugasnya dengan betul. Ini merupakan faktor penyumbang diabetes jenis 2. Insulin berfungsi sebagai pemberi isyarat kepada tubuh untuk menyimpan lemak.

Penyebab Penuaan Pramatang

Ia boleh melekat pada sel protein dalam saluran darah. Seterusnya, akan merosakkan pengeluaran kolagen dan elastin, yang bertanggungjawab untuk mengekalkan keanjalan kulit.

Semua ini adalah sebab – sebab kenapa anda perlu mengehadkan pengambilan gula. Jika anda mahu badan yang sihat dan cergas, boleh ikuti tips ini.