Earbud Harga Bawah RM1500 2021

Pengenalan

Earbud telahpun menjadi satu pemakaian yang wajib bagi anak muda dan telah menjadi semakin canggih oleh kerana teknologi semakin berkembang dari hari ke hari. Dengan reka bentuk yang kecil tetapi mampu memberi audio yang sama kuat dengan headphone amat lah berbaloi untuk dibeli. Jika anda seorang atlet tidak kira larian marathon, larian pecut, perenang atau pendaki dinding, anda boleh meningkatkan semangat anda dengan salah satu earbud ini.

Dibawah adalah senarai earbud yang berharga bawah daripada RM1500 pada tahun 2021 ini.

Bose QuietComfort Earbuds RM1,489

earbud

Earbud tanpa wayar yang kemas ini direka dengan inovasi akustik terkini dan teknologi Bose Acoustic Noise Cancelling. Bersama – sama, mereka menghasilkan audio yang terperinci, jelas dan juga mempunyai bass yang kuat lagi mendalam. Dengan ini, anda boleh berada dalam dunia anda sendiri tanpa gangguan daripada dunia luar semasa anda tengah bersantai di atas katil dalam bilik yang sunyi.

Tambahan pula,anda dapat mendengar semua jenis butiran yang biasanya hilang. Anda juga tidak perlu risau jika earbud anda terkena air atau peluh kerana ia diperbuat daripada IPX4 dimana telah di uji dalam keadaan hujan, dan bersalji. Earbud ini mampu bertahan selama 6 jam sekali cas untuk mendengar lagu secara berterusan.

Ciri:

  • Bose Acoustic Noise Cancelling Technology
  • Earbud yang sedap dipakai, diperbuat daripada silikon
  • IPX4 Water Resistant
  • Bateri tahan 6 jam apabila digunakan secara berterusan
  • Bluetooth 5.1

Sony WF-SP900 RM1,149

earbud

Di trek, di kolam renang atau di dalam lautan, Earbud WF-SP900 adalah semua yang anda perlukan untuk membawa anda lebih jauh daripada sebelumnya. Dengan reka bentuk yang memberi kebebasan tanpa wayar dan juga penyimpanan on-board 4GB (sebanyak 920 lagu boleh disimpan) sehingga anda dapat mendengar di mana sahaja.

Ia juga mempunyai Ambient Sound mode untuk menaikkan semangat anda semasa bersukan. Ataupun anda boleh menggunakan Voice Mode untuk membolehkan anda separa peka dengan sebarang pengumuman, trafik atau kawan anda yang sedang memanggil anda.

Ciri:

  • 4GB Storage, 920 lagu boleh disimpan
  • Bluetooth technology
  • Ambient Mode dan juga Voice Mode
  • Earpiece untuk semasa berenang dan juga pengikat round – the – neck

Bose Sport Earbud RM1,130

earbud

Bose Sport Earbud direka khas dari bawah hingga ke atas untuk memberi tenaga kepada senaman anda dengan suara yang menyeronokkan dan semangat. Teknologi yang dimiliki dalam earbud ini menjadikan muzik anda jelas dan seimbang, tidak kira sekuat mana pun anda pasang. Reka bentuk earbud yang hebat ini membolehkannya duduk dekat dengan telinga anda dengan keadaan yang lebih selesa.

Selain itu, eartip tidak akan menyebabkan telinga anda sakit tidak kira berapa lama anda bersenam dan yang paling menarik, ia tidak akan jatuh walaupun banyak kali anda bergerak.

Ciri:

  • Earbud mempunyai 3 saiz StayHearO Max tips untuk memuatkan dalam telinga anda dengan selesa
  • IPX4 Water Resistant
  • Panggilan yang jelas
  • Butang panggilan yang mudah, dengan adanya touch interface ini, anda boleh tekan untuk terima panggilan atau mainkan muzik dengan senang hati.

Jabra Elite Sport Wireless Earbud RM1,049

earbud

Jabra Elite Sport Wireless Earbud mempunyai kualiti suara yang terunggul untuk muzik dan panggilan anda. Ia juga mampu bertahan selama 4.5 jam masa bermain dan digabungkan dengan sarung pengecas mudah alih yang memberi cas selama 13.5 jam.

Daripada saiz dan reka bentuknya, anda dah boleh agak yang ia boleh memberi keselesaan yang teramat hebat dan dengan penyambungan tanpa wayar yang maju ini, Jabra Elite Sport Wireless Earbud ini pasti akan memberi prestasi sebenar.

Ciri:

  • Kualiti Audio Panggilan yang terbaik
  • Hayat bateri yang lama, selama 4.5 jam earbud masa dimainkan
  • Mempunyai 3 tahun warranty terhadap kerosakan peluh (memerlukan permohonan)

Apple PowerBeats Pro RM999

earbud

Apple Powerbeats Pro akan merevolusikan cara anda bersenam. Peranti ini direka khas untuk para atlet yang elit atau berpengalaman. Dengan rekaan tanpa wayar ini, tiada wayar untuk menahan anda dan earhook yang boleh disesuaikan dan selamat berada di tempatnya (telinga anda) dengan pelbagai pilihan eartip untuk keselesaan yang lebih lama. Tidak kira sejauh mana pun anda pergi, earbud ini tidak akan tinggalkan anda.

Rekaannya juga ringan untuk prestasi tertinggi dan dilengkapi dengan reka bentuk rintangan peluh dan air. Dengan ini, anda dapat berlatih lebih kuat lagi sehingga ke tahap seterusnya. Dengan masa mendengar sehingga 9 jam di setiap earbud dan suara yang seimbang dan kuat, anda akan sentiasa mempunyai muzik untuk memotivasi anda.

Ciri:

  • Audio yang hebat
  • Boleh guna dua – dua earbud atau pilih hanya salah satu
  • Setiap earbud mempunyai 9 jam masa untuk mendengar, anda mempunyai 24 jam dengan menggunakan sarung cas sekali
  • Fast charging, 5 minit cas sudah memberikan 1.5 jam masa mendengar

Bose SoundSport Wireless RM949

earbud

Dapatkan suara yang jelas dan hebat dari peranti Bose yang pertama direka sebagai peranti tanpa wayar. SoundSport Wireless direka untuk berada tetap di telinga dan tetap rasa selesa. Saiz kecil ini telah dilengkapkan dengan teknologi terbaru sehingga anda dapat meneruskan senaman anda ke tahap seterusnya.

Ciri:

  • Reka bentuk yang memberi penuh dengan keselesaan
  • EQ & Bose Digital System
  • Rintangan air dan peluh
  • 5 jam masa mendengar dan sarung cas ini boleh mengecas dua kali iaitu 10 jam hayat bateri.
  • 15 minit cas boleh memberi 45 minit masa mendengar

Sony WF – 1000XM3 RM949

earbud

WF – 1000XM3 adalah earbud yang disiap pasang dengan Active Noise Cancelling. Reka bentuk yang klasik ini mungkin akan membuat anda terfikir dua kali bahawa ia adalah sebenarnya earbud terbaru keluaran Sony.

Ciri:

  • HD Noise Cancelling Processor QN1e
  • 24 jam hayat bateri
  • Sense Engine Technology, menambah baik pengalaman anda untuk mendengar.

Sony WF – 1000X RM899

earbud

Sony telah membuat kemajuan besar di pasaran earphone sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan WF-1000X menunjukkan bahawa syarikat juga serius untuk menyalurkan di segmen in-ear.

Antara kemajuan yang boleh dilihat adalah WF – 1000X ini mempunyai Digital Noise Cancelling dan juga Connect App untuk Android dan iOS . Connect App adalah aplikasi untuk anda menggunakan smart listening teknologi iaitu kawal bunyi atau audio.

Ciri:

  • Digital Noise Cancelling
  • 9 jam hayat bateri
  • Tekan sahaja pada earbud kiri untuk mendapat panggilan
  • Connect App untuk Android dan iOS
  • Smart Listening Technology untuk rekabentuk audio anda tersendiri
  • Ambient Sound Mode untuk anda peka dengan bunyi penting (trafik, pengumuman, suara manusia)

Jabra Elite Active 65t RM785

earbud

Jabra Elite Active 65t direka khas untuk muzik, panggilan dan sukan tanpa wayar. Selain itu, ia mempunyai reka bentuk yang kemas dan selesa untuk mendapat kestabilan telinga yang lebih baik ketika anda aktif.

Equaliser yang dapat diubahkan, sensor gerakan bersepadu dan hayat bateri sehingga 15 jam – 5 jam dalam earbud dan 10 jam tambahan dari poket cas yang disertakan.

Ciri:

  • IP56 dengan 2 tahun warranty terhadap peluh dan habuk
  • 5 jam hayat bateri daripada sekali cas dan 15 jam daripada poket cas
  • Voice Command, anda boleh menggunakan Alexa, Siri, Bixby, ataupun Google Assistant untuk memudahkan lagi hidup anda.

Sony WF – SP700N RM749

Fon Kepala Sony WF-SP700N yang Membatalkan Kebisingan Tanpa Bunyi untuk Sukan direka untuk memberikan prestasi audio yang dapat disesuaikan, masa mendengar yang diperpanjang, dan kemudahan gaya hidup untuk atlet dan peminat muzik aktif.

Ciri:

  • Bluetooth dan NFC, sekali tekan sahaja dan anda boleh mendengar dengan santai
  • Extra Bass Mode
  • Noise Cancellation
  • Ambient Sound Mode
  • 3 jam hayat bateri, poket cas boleh memberi 2 kali cas lagi iaitu 6 jam tambahan kepada earbud anda

Anda boleh tekan disini untuk melihat pelbagai fakta haiwan yang menarik.

Artikel lain: Smartphone Bawah RM3000, Samsung POWERbot, Samsung Odyssey G9, Samsung Smart Fridge