Dropship vs Dropservis, Yang Mana Pilihan Anda

Perniagaan dalam talian telah berkembang sejak abad ke-21 dan semakin ramai orang menjana wang dari rumah mereka. Blogging, e-dagang, Youtuber, dan juga Instafamous adalaah beberapa perniagaan di mana orang masuk. Dropship dan Dropservice adalah model perniagaan dalam talian di mana anda boleh menjana 6 hingga 7 angka pendapatan bergantung kepada pengorbanan masa dan juga usaha anda. Jadi ap perbezaan antara kedua – dua ini?

Apakah Dropservis?

dropship vs dropservis

Dropservis adalah model perniagaan di mana anda menjual perkhidmatan seperti reka bentuk logo, pengurusan media social, terjemahan, penulisan artikel dan lain – lain untuk mendapat sejumlah wang sebagai komisyen. Walau bagaimanapun, jika anda tidak sempat dan tidak mahu melakukannya sendiri anda boleh sahaja menyerahkan tugas anda kepada para freelancer lain dengan membayar komisyen. Semakin mahal pembayaran freelancer, semakin berkualiti karya anda. Jadi perbezaan antara kedua – duanya menjadi keuntungan anda.

Apakah Dropship?

dropship vs dropservis

Dropshipping hampir sama dengan dropservicing. Tetapi ia bukan dengan perkhidmatan, anda perlu menggunakan produk sebenar. Anda akan menjual produk dari laman web anda sendiri tetapi produk itu adalah daripada kedai lain. Sehubungan dengan itu apabila pelanggan membeli produk, anda akan maklum kepada penjual untuk menghantarnya kepada para pembeli. Anda boleh sahaja menjual di laman web seperti Lazada atau Shopee bagi memudahkan anda berniaga. Senang kan?

Apa Perbezaan antara kedua – dua ini?

Penggunaan dropship adalah supaya anda tidak mengendalikan produk namun hanya kedai atau jenama itu yang akan menghantar produk terus kepada pelanggan. Namun, bagi dropservis pula anda boleh menjadi seorang freelancer atau menjadi orang tengah dengan memberi tugasan kepada freelancer yang lain. Tugasan yang siap itu akan diserahkan kembali kepada pelanggan. Untuk mendapat pengalaman dan meningkatkan kualiti kerja, anda disarankan membuat tugasan itu dengan sendiri dan semakin berkualiti tugasan anda, semakin banyak komisyen anda akan dapat.

Penggunaan Dropservis

Dropservis sangat mudah difahami dan dibuat. Kebanyakan freelancer hanya membuat dropservis di rumah mereka sahaja dan tidak perlu pergi ofis atau tapak kerja. Perkara pertama yang harus dilakukan sebelum memulakan perniagaan ini ialah memilih perkhidmatan yang menguntungkan. Dibawah merupakan beberapa perkhidmatan yang anda boleh mencuba:

  • Reka Logo
  • Reka Laman Web
  • Game Developer
  • Marketing Media Sosial
  • SEO Servis
  • Blog
  • Edit Video
  • Virtual Assistant/ Tutor

Kesemua ini boleh belajar di Youtube atau membaca cara – cara untuk membuat perkhidmatan ini. Ambil sedikit masa untuk belajar benda baru.

Penggunaan Dropship

Dropship boleh menjadi menguntungkan apabila dilakukan dengan betul. Kebiasaannya dropshipper akan menjual di Shopee, Lazada, Instagram atau Facebook. Media sosial adalah tempat terbaik untuk mempromosi produk anda bahkan akan ada orang berminat untuk membelinya secara langsung. Platform e – dagang pula boleh membantu anda mempamerkan produk anda secara menyeluruh dan menyenangkan pelanggan untuk melihat produk jualan anda. Setelah pelanggan membeli anda boleh maklumkan kepada kedai atau jenama.

Pelanggan biasanya berasal dari iklan berbayar melalui Instagram atau Facebook. Akan tetapi jika anda bijak tentang hal perniagaan, anda tidak perlu membuat iklan berbayar tetapi hanya menggunakan kepakaran anda sendiri. Dropshipping perlu dilakukan secara teliti jika tidak anda akan mendapat kerugian yang banyak daripada keuntungan lebih – lebih lagi masa.

Yang Mana Lagi Baik?

Dropservis dan dropship adalah perniagaan yang sah dan anda boleh buat di atas talian serta – merta. Kedua – dua ini memang menguntungkan dan memerlukan usaha serta masa anda sahaja. Kelebihan utama memilih dropservis berbanding dropship ialah anda tidak perlu berurusan dengan pembayaran balik dan pengembalian. Dropship pula memerlukan anda untuk berurusan dengna pelanggan sehingga dia terbuka hati untuk membeli. Dropship boleh memberi keuntungan yang banyak dari 6 hingga 7 angka sebulan. Itu tidak bermakna yang anda tidak dapat jumlah yang sama dari dropservis. Pilihan di dalam tangan anda!

Artikel lain: Tips Menjaga Smartphone, Tips Membeli Smart TV,

Anda sudah berada di penghujung artikel, tekan disini untuk teruskan membaca tentang pelbagai fakta haiwan dan makanan yang menarik.