covid19 title

Covid-19 Tanda Punca dan Rawatan

Pengenalan

Pada awal tahun 2020, wabak Covid-19 baharu menjadi tajuk utama setiap berita di seluruh dunia kerana ia mampu merebak dengan cepat.

Covid-19 mula ditemui di pasar pagi di Wuhan, China pada bulan Disember. Wabak ini sudahpun merebak ke dunia barat dan juga asia tenggara. Nama saintifik bagi wabak ini adalah SARS-CoV-2.

covid-19

Covid-19 telahpun menjangkiti kebanyakan manusia di dalam dunia ini. Malah telahpun meragut beratus ribu nyawa. Kini negara Amerika Syarikat yang gah dengan teknologi sudah menjadi negara paling banyak kes berjangkit dan juga kes kematian.  Penyakit ini dipanggil COVID-19 yang dipendekkan daripada Coronavirus Disease 2019.

Jom baca tentang COVID-19 ini.

Apakah tanda jangkitan COVID-19?

Doktor masih lagi mengkaji tentang COVID-19 kerana ia adalah virus baru yang kian merebak dengan cepat. Setakat ini, anda perlu tahu yang sesetengah orang tidak menunjukkan tanda jangkitan walaupun mereka positif COVID-19. Virus ini berkemungkinan berada di dalam badan anda selama 2 hari sehingga 2 minggu sebelum tanda jangkitan itu muncul.

Antara tanda2 jangkitan yang berhubungkait dengan COVID-19 ini adalah:

  • Sukar untuk bernafas
  • Batuk yang semakin teruk dari hari ke hari
  • Demam panas
  • Keletihan badan

Tanda2 yang jarang tapi ada dalam kes sesetengah pesakit :

  • Kesejukan
  • Kering tengkak
  • Sakit kepala
  • Sakit badan dan lenguh
  • Hilang deria rasa

Tanda2 yang mampu membawa maut pada sesetengah pesakit (Anda perlu telefon kecemasan jika terdapat orang yang ada tanda2 ini bagi mengelakkan ia merebak dan meragut nyawa):

  • Sukar bernafas
  • Muka pucat (keletihan)
  • Sakit dada yang berlarutan
  • Pening kepala yang berlarutan
  • Sakit kepala

Centers for Disease Control and Prevention (CDC) masih lagi menyiasat lagi tentang COVID-19 dan tanda2 jangkitannya.

Punca COVID-19

Coronavirus ini merupakan zoonotic. Ia mula merebak di dalam haiwan sebelum berjangkit dengan manusia. Untuk virus ini berjangkit, manusia perlu hubung rapat dengh haiwan tersebut. Setelah berjangkit, manusia akan sebar melalui cecair dari sistem pernafasan. Nama teknikal ini adalah apabila anda batuk, selsema dan bercakap. Pada ketika ini, cecair yang membawa virus ini akan merebak pada orang lain. Anda juga mampu berjangkit COVID-19 ini dengan menyentuh mulut, hidung dan mata selepas sentuh barang atau permukaan yang mempunyai virus. Walaubagaimanapun, ini bukan cara utama virus ini merebak.

Pada awal kajian, saintis dan doctor mensyaki bahawa ia merebak daripada kelawar kepada haiwan lain dan seterusnya haiwan itu dijual di pasar terbuka (Wuhan, China).   

Siapa yang berisiko tinggi dengan COVID-19 ini

Anda berisiko tinggi menjangkiti SARS-Cov-2 ini jika anda berada kurang 1 meter daripada pembawa terutamanya apabila air liur atau cecair dalam mulut terkena pada badan anda.

Tanpa langkah pencegahan yang betul, anda juga mempunyai risiko yang tinggi jika:

  • Tinggal dengan pembawa
  • Memberi rawatan kepada pembawa
  • Mempunyai pembawa sebagai pasangan

Orang tua atau yang mempunyai kesihatan yang serius berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi teruk jika dijangkiti virus. Antaranya:

  • Keadaan jantung yang serius (penyakit arteri koronari,cardiomyopathies dan juga kegagalan jantung)
  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit paru-paru obstruktif kronik
  • Obesiti (BMI 30 keatas)
  • Penyakit sel sabit (Sickle Cell Disease)
  • Sistem Imuniti yang lemah pada pemindahan organ
  • Type 2 Diabetes

Rawatan & Pencegahan

Lindungi diri anda dan orang lain di sekeliling anda dengan mengetahui fakta dan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya. Ikuti nasihat yang diberikan oleh pihak kesihatan tempatan anda.

Untuk mengelakkan penyebaran COVID-19:

  • Bersihkan tangan anda sekerap mungkin. Gunakan sabun dan air, atau sapu tangan berasaskan alkohol.
  • Jaga jarak yang selamat (1 meter) daripada sesiapa yang batuk atau bersin.
  • Pakai pelitup muka apabila jarak fizikal tidak dapat dilakukan.
  • Jangan sentuh mata, hidung atau mulut anda.
  • Tutup hidung dan mulut dengan tisu semasa anda batuk atau bersin.
  • Tinggal di rumah jika anda merasa tidak sihat.
  • Sekiranya anda demam, batuk dan sukar bernafas, dapatkan rawatan perubatan.

Panggilan kecemasan amat disarankan jika anda atau ahli keluarga sakit berlarutan, ini membolehkan penyedia perkhidmatan kesihatan anda membawa anda ke kemudahan kesihatan yang berdekatan. Ini melindungi anda, dan mencegah penyebaran virus dan jangkitan lain. Jika anda berminat dengan fakta ini, anda mesti berminat dengan segala fakta haiwan dan makanan yang kami telah kumpulkan disini.

Pelitup Muka

Pelitup muka dapat membantu mencegah penyebaran virus dari orang yang memakai itu kepada orang lain. Pelitup muka sahaja tidak dapat lindungi terhadap COVID-19, dan perlu ada penjarakan fizikal dan penjagaan kebersihan. Ikuti nasihat yang diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan anda. Untuk melihat kebaikan pengambilan vitamin c setiap hari, tekan disini.