Animal Pet

10 Spesies Cicak Tokek Sebagai Haiwan Peliharaan

Pengenalan

Adakah anda baru dalam pemeliharaan reptilia terutamanya spesies cicak sebagai pilihan pertama anda? Setiap cicak amat unik dan dalam kebanyakan kes, akan ada syarat – syarat khusus untuk memeliharanya. Ada yang jenis suka bersosial dan ada yang jenis pemalu serta mudah stress apabila anda pegangnya. Oleh kerana cicak dapat hidup untuk masa yang lama, anda perlu pilih yang sesuai dengan gaya hidup anda dan ikut kemampuan anda.

Bearded Dragon

Cicak Tokek Berjanggut

Bearded Dragon adalah antara spesies yang paling popular. Ini kerana ia mempunyai sikap yang amat mesra dan mudah dijaga sepanjang masa. Spesies ini adalah salah satu haiwan peliharaan reptilia terbaik yang boleh anda miliki. Bearded Dragon ini berasal dari Australia, dan terkenal dengan cara mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Ia mempunyai lipatan kulit dibawah dagu yang mengeluarkan ‘janggut’. Bearded Dragon amat aktif pada siang hari, dan ia adalah seekor omnivore iaitu memakan pelbagai buah dan serangga. Ia hanya makan beberapa kali sahaja seminggu dan anda juga perlu memberi makanan tambahan (kalsium) kepadanya.

Bearded dragon merupakan haiwan bersosial. Ia amat suka untuk dipegang, dan dibelai oleh pemiliknya. Ramai yang mengatakan cicak peliharaan ini mempunyai personalitinya tersendiri. Ia boleh membesar ke 1 hingga 2 kaki. Selain itu, Bearded Dragon mempunyai jangka hayat selama 10 hingga 15 tahun.

Leopard Gecko

Cicak Tokek Bintang

Leopard Gecko adalah seekor cicak yang sangat terkenal sebagai haiwan peliharaan dalam kalangan herpetology. Spesies ini mempunyai penampilan yang amat menarik. Ia mempunyai lapisan bercorakkan bintik – bintik coklat gelap, seperti namanya sendiri.

Ia hanya makan serangga sahaja dan memerlukan makanan tambahan kalsium. Leopard Gecko amat jinak dan ia tidak suka menggigit. Tambahan pula, ia amat mudah untuk dijaga.

Leopard Gecko juga suka bersuara, terutamanya apabila ia lapar. Jika anda tidak mahu haiwan yang suka bising, ini bukan pilihan terbaik buat anda. Reptilia ini bukan seperti spesiesnya yang lain, yang mempunyai jari kaki melekit dan ia tidak memanjat, jadi ia tidak memerlukan tempat tinggal yang tinggi.

Leopard Gecko ini lebih kecil daripada Bearded Dragon. Ia hanya boleh membesar 1 kaki sahaja dan hidup selama 10 tahun. Harganya tidak lari jauh daripada seekor Bearded Dragon.

Crested Gecko

Cicak Tokek Jambul

Crested Gecko berasal dari New Caledonia (pulau yang berdekatan dengan Australia). Tokek ini terkenal dengan “bulu mata”nya. Bulu mata ini sebenarnya adalah tulang belakang yang bergerak dari mata mereka ke ekor mereka.

Crested Gecko seperti kebanyakan tokek, memiliki kaki berjaring dan suka memanjat. Mereka memerlukan tangki yang tinggi. Bukan itu sahaja, mereka juga memerlukan persekitaran yang hangat dan lembap.

Crested Gecko juga suka berjaga malam dan mereka tidak memerlukan pencahayaan khas (UV), tetapi anda perlu meletakkan mereka di bawah cahaya selama 2 hingga 4 jam setiap hari untuk kebaikan mereka.

Seperti Bearded Dragon, Crested Gecko ini amat jinak dan tidak menggigit tuannya. Mereka juga senang untuk dijaga. Tokek ini amat kecil sepanjang 8 inci sahaja dan boleh hidup selama 10 tahun atau lebih. Harga bagi tokek ini dalam lingkungan rm150 sehingga rm1200 mengikut saiz dan rupa.

Blue – Tongue Skink

Blue Tongue Skink

Blue – Tongue Skink terkenal dengan lidah berwarna biru yang terang. Ia berasal dari Australia dan pemakanannya adalah lebih kepada buah daripada daging walaupun ia omnivore. Walaupun diet mereka memerlukan buah dan sayur, daging juga perlu disediakan terutamanya cacing besar serta tikus. Ia amat berat daripada spesies yang lain tetapi ia tidak sepanjang yang lain (hanya dalam 20 inci sahaja).

Blue – Tongue Skink adalah seekor haiwan yang jinak, pendiam dan mudah dijinakkan. Jika mereka rasa terancam, mereka tidak takut untuk gigit jari anda. Jadi hati – hatilah semasa anda mahu memegang atau membelainya terutama sekali anak – anak anda.

Umurnya boleh bertahan sehingga 20 tahun dan harga boleh mencecah rm600 – rm1500. Tetapi baka yang unik mampu menelan beribu – ribu duit. Secara keseluruhannya, anda boleh peliharanya walaupun anda tiada pengalaman.

Green Anole

Green Anole

Cicak ini amat menarik untuk dilihat kerana ia boleh memanjangkan penutup embun berwarna merah terang di bawah dagunya dan warnanya sangat berbeza dengan warna badannya yang hijau terang. Green Anole mempunyai badan kecil dan ekor yang panjang, jadi sangkarnya tidak perlu mengambil banyak ruang di dalam rumah anda. Ia sama seperti yang lain iaitu memerlukan cahaya, suhu, dan juga kelembapan sebagai asas keperluan.

Ia bagus untuk pemilik yang kali pertama kerana saiznya yang kecil dan amat mudah untuk dijaga. Namun, ia memerlukan beberapa tanaman hidup di terariumnya untuk bersembunyi dan menjilat embun. Ia juga suka menyendiri dan kurang memerlukan perhatian.

Green Anole adalah kecil sepanjang 5 hingga 8 inci dan hanya hidup 3 hingga 6 tahun sahaja. Harga bagi seekor amat murah.

Gold – Dust Day Gecko

Cicak Tokek Emas

Ia amat kecil kira – kira dalam 5 hingga 6 inci, tetapi mereka masih perlukan tangka 20 galon dengan dihiasi oleh balak dan dahan untuk ia bersembunyi. Ini kerana, tokek ini amat pemalu. Dahan kayu ini membolehkan ia menikmati aktiviti kesukaan hariannya iaitu memanjat. Apa yang membuatkan penjaga yang baru nak mula pelihara reptilia tidak mememlihara tokek ini adalaah kerana ia mudah datang stress dan kulitnya mudah terkoyak. Tokek ini hanya dikendalikan secara terhad sahaja.

Gold – Dust Day Gecko adalah spesies tokek yang berasal dari Madagascar tetapi baru – baru ini diperkenalkan ke beberapa Kepulauan Pasifik, termasuk Hawaii. Kebanyakannya adalah berwarna hijau dan tokek ini mendapat nama daripada bintik – bintik emas yang berkembang di badan.

Gold – Dust Day Gecko ini mampu hidup selama 10 tahun dan harganya dalam RM200 hingga RM1200.

Green Basilisk

Green Basilisk

Green Basilisk terkenal sebagai cicak yang boleh berlari di atas air dan memperoleh nama “Jesus Christ Lizard”. Ia biasa dijumpai di hutan hujan tropika di Amerika Tengah. Diet mereka adalah omnivor iaitu makan serangga, tikus dan makanan hijau sekali – sekala.

Cicak ini amat mesra dengan tuannya dan boleh membesar sehingga 3 kaki. Badannya amat kecil malah ia juga amat panjang dan sangat ringan untuk dipegang.

Green Basilisk memerlukan suhu dan kelembapan yang tinggi daripada cicak biasa dengan keluasan sangkar yang besar. Mereka tidak selalu menyesuaikan diri dengan baik tetapi boleh menghiburkan anda jika anda minat mengagumi dari jauh. Green Basilisk memerlukan keperluan yang khusus dan kurang berinteraksi dengan tuannya. Jika anda tiada masa tetapi mahukan cicak atau tokek, inilah pilihan terbaik untuk anda.

Chameleon

Sesumpah

Meskipun anda bukan dalam kalangan herpetology, anda mungkin kenal sesumpah sejak kecil lagi. Antara keunikan sesumpah adalah kebolehan mereka mengubah warna, mata teleskopik dan juga pergerakannya yang perlahan.

Walaupun terkenal sebagai haiwan peliharaan, sesumpah tidak selalunya mempunyai waktu terbaik untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam sangkar. Sesumpah memerlukan banyak penjagaan khas untuk membantu mereka rasa selamat dalam kurungan.

Ramai yang minat untuk memelihara sesumpah tetapi tanggungjawab untuk menjaganya juga perlu dititikberatkan.

Ukuran sesumpah berbeza daripada 1 inci hingga 27 inci. Ia boleh hidup selama 2 tahun dalam kurungan sahaja.

Sesumpah berasal dari Afrika dan ia cepat pupus kerana pembalakan. Sesumpah tidak agresif terhadap tuannya tetapi sangat pemalu. Sebarang pengendalian memberi tekanan terhadap spesis ini.

Green Iguana

Green Basilisk

Iguana adalah haiwan yang terbaik bagi yang baru nak mula memelihara. Ia mempunyai penampilan yang cantik dan dietnya hanya makanan hijau sahaja. Ia makan buah, sayur dan bunga. Iguana berasal dari Amerika Tengah dan Selatan. Mereka boleh membesar sehingga 5 atau 6 kaki. Oleh kerana saiznya menjadi besar, ia memerlukan tempat yang besar dengan kolam air yang mampu merendamkan badannya.

Apabila ia kelihatan selesa, anda perlu kendalikan iguana sebanyak masa dan selembut mungkin untuk menjinakkannya. Ia mempunyai kuku yang tajam, jadi hati – hati pabila mahu bermain dengannya.

Caiman Lizard

Cicak Caiman

Cicak Caiman sangat bagus untuk penjaga kali pertama mencari corak warna yang unik. Spesis ini mempunyai timbangan yang berat dengan warna pelangi di badannya. Ia juga pendaki dan perenang yang hebat menjadikannya sangat aktif dalam vivarium.

Caiman mempunyai saiz yang besar, ia boleh mencapai panjang 2 hingga 5 kaki. Ia memerlukan tempat yang cukup besar dan kuat untuk menempatkannya. Ia juga perlukan kolam air untuk berenang.

Reptilia ini menyukai suasana panas dan lembap. Kebanyakannya adalah karnivor, makan makanan dari kawasan rawa, seperti serangga, siput, udang karang dan juga kerrang. Kalau anda nak tahu, Caiman ini amat bijak tapi tidak agresif. Ia boleh hidup selama 10 tahun. Harga bagi seekor amatlah mahal kerana saiz dan cara untuk kendalikannya.

Anda mahu melihat lagi? Tekan disini untuk melihat pelbagai fakta haiwan dan makanan.

Artikel lain: Baka Kucing Terbesar, Spesies Ular Peliharaan, Spesies Labah – labah Terbesar, Spesies Kucing Liar