Animal Dog Profile

Cardigan Welsh Corgi, Tentang Baka Anjing Anda

Pengenalan

Anjing panjang tapi rendah ini dibina dengan tulang yang kuat. Anjing ini diberi nama Corgi. Corgi mempunyai dua jenis iaitu Cardigan Welsh dan juga Pembroke Welsh. Perbezaan antara dua ini adalah daripada ekornya, Cardigan mempunyai ekor yang panjang dan berbulu tebal manakala Pembroke pula ekor buntut. Cardigan adalah seekor yang kuat berjalan dengan langkah yang mampu memberi senyuman kepada anda. Berat Cardi boleh mempunyai berat antara 12 hingga 17 kg, dengan betina paling ringan. Baka ini mempunyai beberapa warna kot bulu yang boleh anda pilih daripada oren hingga corak kelabu – merle yang popular.

Cardi adalah seekor anjing yang terlatih, setia, dan waspada dengan suara anjing yang berbadan besar. Cardi juga suka bersosial lebih – lebih lagi dengan kanak – kanak kecil dan ia sangat senang bermain dengan haiwan peliharaan lain. Si atlet pendek ini juga suka bermain aktiviti yang lasak dan daripada aktiviti itu mental serta fizikalnya juga turut berkembang.

Sejarah

Cardigan Welsh Corgi telah wujud selama beribu tahun di kawasan Cardiganshire di Wales yang sekarang telah bertukar nama menjadi Ceredigion. Baka ini dibawa ke Wales oleh suku kaum Celtic yang berhijrah dari Eropah Tengah. Pada zaman dahulu, kawasan pesisiran berbatu di Cardiganshire dipenuhi dengan bukit – bukau yang hijau dan juga ladang tenusu, dan Peladang menggunakan Cardi sebagai anjing penggembala lembu dan juga membawa lembu ke pasar untuk dijual. Selain daripada mengembala, ia juga bekerja sebagai anjing pengawal di ladang, gudang dan juga menjadi anjing peliharaan kepada keluarga yang tersayang.

Penampilan

cardigan welsh corgi

Anak anjing Cardigan Welsh corgi sangat comel dengan kaki pendek dan muka yang besar. Baka ini boleh membesar menjadi seekor yang tampan, dan rata-rata boleh mencapai berat 17 hingga 19 kg dan ketinggian 27 hingga 32 cm pada bahu. Salah satu keunikan corgi adalah badan yang panjang dan tegap dilengkapi dengan kaki yang pendek dan berotot. Cardigan adalah sepupu kepada baka anjing yang panjang seperti Pembroke Welsh Corgi, Dachshunds, Basset hound, dan Pekingnese.

Baka Cardi ini mempunyai kot bulu 2 lapis yang tebal dan sederhana panjang dengan lapisan bawah yang kebiasaannya berwarna putih dan lapisan luar yang lembut dengan warna yang berbeza. Bulu Cardigan yang lembut bergantung pada pembiakannya. Kalau ia adalah baka peliharaan, ia akan mempunyai kot bulu yang lebih semula jadi, manakala baka yang dihasilkan untuk pertandingan mempunyai bulu yang lebih halus iaitu lebih pendek di depan dan bulu lebih panjang di belakang.

Warna Corgi mempunyai pelbagai, dengan bercorakkan topeng yang sama warna dengan lapisan luar kot bulu. Antara warna yang biasa dilihat adalah hitam, coklat, oren, dan juga corak merle dengan warna yang berbeza. Kepala mereka yang lebar, dihiasi dengan telinga yang besar mungkin memiliki warna jaket yang sama, ataupun tompok putih yang menjadi garis sepanjang hidungnya. Tricolor Cardigan Welsh Corgi mempunyai campuran oren, hitam, dan coklat yang indah. Ada juga yang memiliki corak brindle iaitu bintik-bintik warna lain pada lapisan atas kot bulunya.

Untuk anda melihat perbezaan antara Cardigan dan Pembroke adalah pada bahagian belakangnya seperti yang dinyatakan sebelum ini. Cardigan mempunyai ekor yang panjang seperti seekor musang, manakala Pembrokes sering mempunyai ekor pendek yang tersembunyi atau tiada langsung. Walaupun kedua-dua anjing ini kelihatan sama dalam bentuk badan yang panjang, anda boleh bezakan yang Cardigan lebih besar sedikit dengan pinggul yang lebih lebar. Jika anda nak tahu, kedua – dua ini sebenarnya berasal daripada keluarga anjing yang berbeza. American Kennel Club (AKC) menyatakan bahawa Cardi adalah yang tertua antara dua ini iaitu daripada baka Jerman yang hidup dari 2,000 tahun yang lalu manakala Pembroke adalah dariapda baka Spitz.

  • Berat: 17 – 19 kg
  • Hayat: 12 – 15 tahun
  • Bulu gugur: Banyak, selalu gugur
  • Jenis bulu: 2 lapis yang tebal dengan lapisan bawah yang kebiasaannya berwarna putih dan lapisan luar yang lembut dengan warna yang berbeza
  • Kot bulu: Sederhana panjang
  • Warna bulu: Hitam, coklat, oren, putih dan corak dua – warna, tiga – warna dan juga brindle

Sikap dan Perangai

cardigan welsh corgi

Anjing corgi amat ceria dan senyuman luas adalah buktinya yang kukuh. Seekor yang penyayang dan manis untuk dilihat. Ia juga boleh menjalinkan hubungan dengan kanak – kanak kecil dan juga orang dewasa dengan baik. Tidak lari juga dengan kucing dan juga anjing peliharaan yang lain.

Anda perlu tahu yang baka ini amat bijak, tetapi sedikit nakal. Untuk memiliki Cardigan, anda perlu bersabar kerana ia akan menguji anda dan mendorong kesabaran anda ke tahap tertinggi, tetapi jika anda jenis suka ketawa dan bersenang lenang, ia akan menjadi anjing peliharaan yang terbaik kepada anda!

Selain itu, Cardi seekor yang suka bersantai dan ada ketika ia juga bersedia untuk melakukan aktiviti yang lasak. Anda boleh mengajaknya berperahu, mendaki, berkayak, mendayung, dan aktiviti lain bersama keluarga anda. Cardi sangat serba boleh dan ia suka menghabiskan masanya dengan anda.

Anak anjing Cardi dapat mempelajari muslihat atau latihan dengan cepat. Semasa dia sedang membesar, anda disarankan mencuba perkara baru setiap masa. Dia mungkin rendah daripada baka lain tetapi dia cepat belajar. Latihan khusus, di mana dia bergerak melalui rintangan adalah satu pilihan yang baik bagi memanfaatkan kemampuannya yang semula jadi sebagai pengembala pada zaman dahulu. Anda juga boleh menguji kepekaan hidungnya dengan pelbagai bau aroma. Ini dapat menjadikan anjing anda menjadi anjing pengawal yang bijak. Dibawah adalah ringkasan bagi sikap dan perangai baka ini:

  • Perangai: Periang, ceria, peramah
  • Kepintaran: Tinggi, mudah untuk dilatih
  • Aktif: Tinggi, suka bermain dan berlatih
  • Vokal: Tinggi, suka menyalak

Penjagaan dan Rawatan

Cardigan Welsh Corgi umumnya adalah anjing yang tahan lasak dan sihat, dengan jangka hayat yang panjang sehingga 15 tahun. Mereka mempunyai beberapa masalah kesihatan. Amat penting untuk anda membawanya berjumpa dengan doktor haiwan. Dibawah adalah contoh penyakit yang mungkin Cardi akan hadapi:

  • Displasia pinggul
  • Kecederaan belakang, penting untuk mengelakkan aktiviti berimpak tinggi pada usia muda, dan jangan sekali-kali membiarkan melompat dari permukaan tinggi.
  • myelopathy degeneratif, keadaan saraf tunjang,
  • masalah mata seperti katarak dan atrofi retina progresif.

Anda boleh teruskan bacaan anda disini tentang fakta haiwan liar dan juga domestik yang menarik.

Artikel lain: Rottweiler, Anjing Beagle, Anjing Pomerania, Shiba Inu