Animal Dog Profile

Bulldog Perancis, Tentang Baka Anjing Anda

Pengenalan

Bulldog Perancis menyerupai seekor Bulldog tetapi dalam saiz kecil. Ciri unik yang boleh anda lihat secara tersurat adalah telinga yang besar ada pada kepalanya. Ditambah pula dahi berkerutan digulung di atas hidung yang pendek. Selain itu tubuh badan yang padat dengan otot ditutupi dengan kot bulu yang berbulu halus.

Frenchie yang ceria dan penuh kasih sayang adalah seekor anjing yang menawan. Frenchie tidak banyak menyalak tetapi walaupun senyap ia merupakan penjaga rumah yang sangat baik. Ia mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan bersama anda sekeluarga, dan tidak memerlukan banyak latihan kerana ia bukan baka yang aktif. Ia dapat hidup dengan selesa bersama haiwan lain dan suka ditemani oleh orang ramai lebih – lebih lagi kalau anda mempunyai keluarga yang ramai.

Sejarah

Baka kecil ini berasal daripada keturunan Bulldog Inggeris. Ramai pemilik telah membuat spekulasi bahawa bulldog Inggeris telah dikecilkan ukuran badan dan kemudian dibiak menjadi Bulldog Perancis. Sejak dari hari itu, Bulldog Perancis dikembangkan dari masa ke masa. Terdapat banyak baka Bulldog Inggeris pada waktu itu telah dipindah dari England ke Perancis bagi tujuan pembiakan. Sehingga hari ini, ia dianggap sebagai bulldog mini.

Seperti yang dinyatakan diatas, keunikan Frenchie terletak pada telinganya yang berbentuk kelawar, berbanding dengan telinga bulldog biasa dimana berbentuk bunga mawar. Peminat dari Perancis lebih gemari dengan Frenchie yang mempunyai telinga yang tegak, berbanding warga England yang tidak menyukainya.

Selepas itu, Bulldog Perancis menjadi popular dalam kalangan wanita di Amerika Syarikat pada tahun 1800-an. Standard baka Frenchie dari French Bull Dog Club of America menyatakan bahawa telinga kelawar tegak adalah jenis telinga yang betul.

Baka ini secara rasmi diiktiraf oleh American Kennel Club (AKC) pada tahun 1898 dan sejak itu popularitinya secara beransur-ansur menjadi lebih popular sehingga menjadi keempat daripada 197 di United Kingdom, Australia, dan Amerika Syarikat.

Penampilan

bulldog perancis

Walaupun mereka mungkin tidak mempunyai muka yang menawan seperti Golden Retriever, Bulldog Perancis ado ciri – ciri tertentu yang mampu menarik perhatian para pemilik. Frenchie mempunyai badan yang kecil tapi berotot, dan wajahnya yang berkerut. Baka ini mepunyai warna seperti krim, coklat terang, dan juga putih, manakala coraknya pula ada 2 jenis setakat ini iaitu corak brindle atau topeng hitam.

Selain itu, mereka mempunyai mata yang berwarna coklat gelap dan tanda muka yang “comel”. Badannya yang berbulu pendek hanya memerlukan dandanan sekali seminggu sahaja agar tetap bersih. Bulldog Perancis yang sihat mampu mencapai berat sekitar 14 kg. Dibawah adalah ringkasan bagi penampilan baka Frenchie:

  • Berat: 14 kg
  • Hayat: 10 -12 tahun
  • Bulu gugur: Sederhana
  • Jenis bulu: Lembut
  • Kot bulu: Pendek
  • Warna bulu: Coklat terang, putih atau warna gabungan brindle – putih dan coklat terang – putih

Sikap dan Perangai

bulldog perancis

Bulldog Perancis sering digambarkan sebagai pendiam, tetapi mereka juga suka bermain. Mereka boleh menjadi haiwan peliharaan yang baik jika anda boleh tegur dengan elok kerana mereka disifatkan sebagai pemalu. Frenchie hanya memerlukan latihan yang ringan dan mudah sahaja dan ia akan lebih teruja apabila ada makanan yang terlibat. Sebagai seekor anjing yang ceria, Frenchie akan lebih bersemangat untuk berlatih jika latihan anda terasa seperti permainan.

Selain daripada suka bermain, Frenchie juga memang mempunyai sikap yang nakal. Sikapnya boleh membuatkan anda tertawa bersama mereka. Ini boleh menceriakan lagi sesi latihan anda bersama Bulldog Perancis ini. Dibawah adalah ringkasan bagi baka anjing ini:

  • Perangai: Peramah, ceria dan lemah lembut
  • Kepintaran: Sederhana
  • Aktif: Rendah, suka bersantai
  • Vokal: Rendah, hanya bila perlu

Penjagaan dan Rawatan

Penternak yang bertanggungjawab telah berusaha untuk mengekalkan standard baka yang berkualiti ttinggi seperti yang ditetapkan AKC. Akan tetapi terdapat beberapa masalah kesihatan genetik boleh berlaku pada baka. Berikut adalah beberapa penyakit yang boleh dihidap oleh baka ini:

  • Sindrom Brachycephalic
  • Displasia pinggul
  • Masalah kulit dan alahan

Tekan disini untuk melihat pelbagai fakta menarik tentang haiwan.

Artikel lain: Anjing Newfoundland, Anjing Collie, Norwegian Elkhound, Cardigan Welsh Corgi