Animal Dog Profile

Anjing Pomerania, Tentang Baka Anjing Anda

Pengenalan

Anjing Pomerania menggabungkan tubuh badan yang kecil dan sikap yang besar. Kot bulunya mempunyai lapisan berkembar yang panjang lagi tebal. Terdapat dalam hampir 24 warna yang boleh anda pilih, dan juga pelbagai corak dan tanda. Yang paling sering dilihat di tempat umum adalah dalam warna oren atau merah.

Anjing Pomerania amat mudah untuk dilatih. Ia boleh dijadikan sebagai pengawal rumah yang baik dan anjing peliharaan yang periang untuk keluarga yang mempunyai kanak – kanak yang cukup tua untuk membezakan antara mainan anjing dan mainannya. Pom amat aktif dan dapat bermain di dalam rumah. Oleh kerana ia berbadan kecil, ia sesuai untuk dipelihara di bandar dan taman perumahan. Seterusnya, si kecil ini dapat menguasai helah dan latihan dengan mudah, walaupun aktiviti kegemaran mereka adalah memberi gelak ketawa kepada orang yang teristimewa.

Sejarah

Anjing Pomerania adalah keturunan anjing kereta luncur di Iceland dan Lapland. Ia merupakan anggota keluarga anjing terkecil, Spitz. Ekor yang melengkung di belakangnya mirip dengan saudara – maranya yang besar iaitu Malamute dan Samoyed. Baka ini mendapat nama dari tempat pembiakkannya iaitu di kawasan Jerman dan Poland, yang kemudian dikenali sebagai Pomerania.

Mengikut sejarah, pada akhir tahun 1800-an, Ratu Victoria dari England memiliki beberapa ekor anjing Pomerania dan membiarkan mereka ditunjukkan dalam pertunjukan konformasi. Perbuatan Ratu Victoria telah mengakibatkan kenaikan populariti anjing kecil ini. Pomeranian mendapat populariti di Amerika Syarikat sekitar abad ke – 20 dan menjadi antara baka anjing yang terkenal. Pomerania diiktiraf secara rasmi sebagai baka anjing domestik oleh American Kennel Club pada tahun 1888.Fakta menarik tentang baka ini iaitu dua ekor Pomerania adalah antara tiga ekor anjing yang terselamat daripada kapal Titanic yang tenggelam pada tahun 1912. Kedua – duanya dapat diselamatkan dengan menaiki kapal penyelamat bersama pemiliknya, Margaret Hays dan Elizabeth Barrett Rothschild.

Penampilan

anjing pomerania

Ramai yang terpikat dengan wajah senyuman Pomerania ini. Keturunan spitz terkecil dengan beratnya tidak lebih dari 3 kg. Selain daripada itu, wajah anjing ini sering digambarkan seperti seekor musang yang kecil kerana kepala berbentuk baji dan telinga yang tegak. Matanya yang berbentuk almond berwarna gelap dan hidungnya berwarna gelap atau sama dengan kot bulunya ini menambahkan lagi tarikan pada penampilannya.

Bagi kot bulu Pom, ia hadir dalam pelbagai warna dan corak. Oren dan merah adalah warnanya yang paling umum. Akan tetapi Pom juga terdapat dalam warna hitam pekat, hitam – coklat gelap, kelabu, kelabu dan coklat gelap, coklat, coklat terang dan coklat gelap, krim, krim sable, brindle, dan juga putih. Pom yang berwarna putih dengan tampalan warna lain disebut “parti – colored.” Anjing ini juga mempunyai penampilan khas merangkumi bulu lebat di leher dan dada seperti seekor singa serta bulu yang lembut di seluruh badan oleh kerana lapisan ganda tebal. Walau bagaimanapun, kot bulu Pom amat sukar untuk dijaga. Hal ini kerana ekornya yang lebat akan berkembang seiring dengan usianya. Di bawah adalah ringkasan bagi penampilan baka Pomerania ini:

  • Berat: 1 – 3 kg
  • Hayat: 12 – 15 tahun
  • Bulu gugur: Tinggi
  • Jenis bulu: Lapisan berganda yang lebat, dan tebal
  • Kot bulu: Panjang
  • Warna bulu: Oren, hitam pekat, hitam – coklat gelap, kelabu, kelabu dan coklat gelap, coklat, coklat terang dan coklat gelap, krim, krim sable, brindle, dan juga putih

Sikap dan Perangai

anjing pomerania

Perangai Pomerania amat menyamai penampilannya. Peka dan sikap serba ingin tahu, Pom menghabiskan hari mereka dengan bermain tapi tidak terlalu aktif. Ia adalah anjing yang sangat bijak sehingga dapat menyesuaikan diri dalam rumah anda. Selain itu, baka ini juga suka memberi ciuman manis atau berlari – lari di sekitar rumah seperti dikejar sesuatu dan yang paling seronok apabila ia berlari dengan pantas untuk menyambut semua orang di muka pintu.

Anjing Pomerania suka meneroka bendaa baru dan akan menjaga kediaman dan keluarga mereka. Ia suka menyalak walaupun kecil tetapi akan menghadapi masalah besar jika ia mencabar anjing yang lebih besar. Dibawah adalah ringkasan bagi sikap dan perangai baka ini:

  • Perangai: Periang, Peramah
  • Kepintaran: Tinggi
  • Aktif: Tinggi, suka bermain
  • Vokal: Tinggi, suka menyalak

Penjagaan dan Rawatan

Penternak yang bertanggungjawab telah berusaha untuk mengekalkan standard baka yang berkualiti tinggi seperti yang telah ditetapkan oleh AKC. Berikut adalah beberapa penyakit yang perlu anda perhatikan:

  • Patellar Luxation
  • Trakea yang runtuh
  • Atrofi Retina Progresif (PRA)

Ingin tahu fakta menarik tentang haiwan liar atau domestik? anda boleh tekan disini.

Artikel lain: Shiba Inu, Golden Retriever, Anjing Jerman Shepherd, Anjing Gunung Bernese