Animal Dog Profile

Anjing Gunung Bernese, Tentang Baka Anjing Anda

Pengenalan

Anjing Gunung Bernese adalah seekor pekerja yang kuat dan berbadan besar yang dapat berdiri lebih dari 70 cm pada bahu. Kot bulunya yang tebal, lembut seperti sutera, dan panjang ini mempunyai warna tiga – warna iaitu hitam pekat, putih jernih, dan coklat gelap. Tanda putih pada kot bulu dan wajahnya adalah satu ciri khas bagi baka ini dan digabungi dengan mata hitam yang menawan. Berner amat tahan lasak dalam cuaca yang sejuk dan ini membolehkannya melakukan pelbagai tugas di ladang dan padang rumput Switzerland.

Berner juga suka bergaul dengan semua ahli keluarga lebih – lebih lagi dengan sangat anak – anak anda, tetapi mereka sering memberi tumpuan penuh pada seorang sahaja ahli keluarga dalam rumah anda. Jangan bimbang kalau bukan anda yang teristimewa kerana ia tetap layan anda seperti biasa.

Sejarah

Anjing Gunung Bernese ini berasal dari Switzerland. Namanya diperoleh daripada tempat yang ia lahir iaitu di bandar Berne. Berner adalah anjing yang kerap digunakan sebagai pengawal rumah, penjaga harta benda, dan juga pengangkutan. Walaupun ia digunakan sebagai penjaga haiwan ternakan, Berner ini tidak dikategorikan sebagai anjing penggembala. Baka ini adalah salah satu baka daripada empat anjing Gunung Switzerland. Anjing Gunung Bernese mempunyai kaitrapat dengan Anjing Gunung Greater Swiss, Anjing Gunung Entlebucher dan Appenzeller. Keempat-empat baka ini mempunyai corak yang warna warni pada kot bulunya yang lebat itu (warna gabungan hitam, putih dan coklat). Dalam keempat – empat baka tersebut, hanya Anjing Gunung Bernese yang memiliki kot bulu panjang.

Penampilan

anjing bernese mountain

Anjing Berner ini mempunyai ukuran anjing besar. Berat badannya adalah antara 32 hingga 52 kg dan ketinggian daripada 59 hingga 70 cm. dan mempunyai sepasang mata berwarna coklat gelap yang menandakan ia bersedia untuk bermain. Anak anjing pula menyerupai patung mainan anjing yang mewah. Baka berner yang kuat ini mempunyai tiga warna pada badannya. Kot bulu hitam yang tebal dan corak bertanda warna putih dan coklat gelap pada wajahnya. Kot bulu yang panjang dan lembut ibarat sutera menjadikan bulunya berupa ikal mayang ataupun lurus. Anjing Bernese ini sangat manis kerana mereka selalu kelihatan seperti mereka tersenyum. Dibawah adalah ringkasan bagi penampilan baka ini:

  • Berat: 32 – 52 kg
  • Hayat: 8 -10 tahun
  • Bulu gugur: Banyak
  • Jenis bulu: Tebal dan lembut, ikal mayang atau lurus
  • Kot bulu: Panjang
  • Warna bulu: Hitam dan bertanda putih dan coklat gelap

Sikap dan Perangai

anjing bernese mountain

Mudah dilatih dan sikap teruja adalah sebab utama anjing Berner ini telah memikat hati pemiliknya sejak berzaman ia menjadi anjing pengawal di ladang Switzerland. Sesetengah pemilik mengatakan bahawa baka ini bijak, cepat belajar, dan mereka adalah anjing yang sangat setia kepada tuannya.

Derse, Pengasas Rumah Kebajikan Veterinar di Chicago, Illanois mengatakan yang anjing Gunung Bernese semakin popular di Amerika Syarikat. Hal ini kerana ramai memberitahu yang mereka boleh menikmati waktu rehat dengan ahli keluarga mereka, sama ada bermain di luar atau bersantai di sofa. Akan tetapi baka ini tidak suka bersendirian. Anjing Gunung Bernese juga digambarkan sebagai penyabar, tenang, dan juga penyayang. Berner adalah haiwan peliharaan yang hebat untuk sekeluarga dan jangan terkejut kalau ia tidak layan tetamu anda kerana ia menganggap mereka sebagai orang asing. Berner juga boleh bergaul dengan kucing dan anjing lain sekiranya dibesarkan bersama.

Oleh kerana anjing Gunung Bernese telah lama bertugas sebagai penjaga ternakan dengan tubuh badan yang besar dan menakutkan membuatkannya sebagai pengawal rumah yang terbaik. Dibawah adalah ringkasan bagi baka ini:

  • Perangai: Penyabar, tenang dan juga penyayang
  • Kepintaran: Tinggi
  • Aktif: Sederhana
  • Vokal: Rendah, hanya bila perlu

Penjagaan dan Rawatan

Oleh kerana ia adalah baka yang sejati, banyak Anjing Gunung Bernese mempunyai jangka hayat lebih pendek daripada beberapa baka lain. Ini adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan sebelum memutuskan untuk membawanya ke rumah. Beberapa penyakit yang biasa berlaku pada baka ini termasuk:

  • Kanser
  • Displasia pinggul dan siku,
  • Penyakit mata
  • Penyakit jantung
  • Hipotiroidisme
  • Penyakit autoimun
  • Penyakit von Willebrand (gangguan pembekuan darah)
  • Gastrik (kembung).

Anda terhibur membaca tentang baka ini? anda boleh teruskan bacaan tentang haiwan lain disini.

Artikel lain: Anjing Husky, Anjing Samoyed, Nebelung, Kucing Bombay