5 Supplement Terbaik Untuk Pembesaran Otot

Pengenalan

Penting ke supplement ini? Sekiranya anda kerap bersenam samada 5 kali atau 6 kali seminggu, anda mungkin mahukan prestasi anda naik, naik dan terus naik. Anda juga perlu memanfaatkan usaha dan masa anda dengan sepenuhnya. Salah satu faedah penting untuk bersenam adalah menaikkan tenaga dan kekuatan otot. Memiliki jumlah otot yang sihat dan kuat membolehkan anda bersenam dengan lebih baik dan juga menolong anda menjalani kehidupan seharian dengan mudah. Bagaimana kita nak dapatkan otot yang besar dan kuat? Kita perlukan:

  • Kalori yang banyak untuk dibakar dalam badan
  • Pengambilan protein yang lebih banyak
  • Senaman yang lebih mencabar (HIIT)

Ketiga – tiga ini boleh dilakukan tanpa menggunakan pengambilan supplement. Walau bagaimanapun, anda boleh tingkatkan prestasi anda jauh lebih baik dengan menggunakannya. 5 supplement yang tersenarai di bawah dapat membantu anda dalam senaman anda.

Protein Supplement

Mendapatkan protein yang cukup amat penting untuk menaikkan otot anda. Khususnya, untuk mendapatkan otot, anda perlu mengambil lebih banyak protein. Untuk mendapatkan sejumlah protein yang anda perlukan amat susah walaupun anda sudah mengambil makanan kaya dengan protein. Dengan ini, anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk mengambil supplement protein.

Terdapat banyak supplement protein yang berbeza, tetapi yang paling laris dalam kalangan atlet dan peminat sukan adalah protein whey, kasein dan soya (untuk vegetarian). Makanan yang lain mengandungi protein yang diasingkan daripada telur, daging lembu, ayam atau sumber lain. Penyelidikan menunjukkan bahawa menambahkan protein melalui supplement ini boleh menyebabkan kenaikan otot kepada atlet dan orang yang aktif bersenam daripada menambah karbohidrat tambahan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan supplement protein dalam jumlah yang sangat tinggi tidak akan membantu meningkatkan otot sekiranya anda sudah mengikuti diet protein tinggi.

Ramai orang tertanya berapa banyak protein yang perlu dimakan setiap hari. Sekiranya anda seorang yang aktif berusaha untuk mendapatkan otot adalah 2.2 gram per kg berat badan mungkin terbaik.

Penambah Berat Badan

Penambah berat badan adalah makanan tambahan yang direka khas untuk membantu anda mendapatkan lebih banyak kalori dan juga protein. Ia biasanya digunakan oleh individu yang menginginkan otot yang besar dalam masa yang singkat. Sesetengah orang sukar menaikkan otot mereka walaupun telah makan kalori dalam jumlah besar dan mengangkat berat setiap hari dalam seminggu.

Jika anda nak tahu kandungan kalori supplement ini amat berbeza mengikut jenama dan saiz bekas. Selain itu. kebanyakan penambah berat badan ini mengandungi lebih daripada 1,000 kalori setiap hidangan. Ramai orang berpendapat bahawa kalori ini berasal daripada protein kerana sangat penting untuk pembinaan otot. Akan tetapi kebanyakan kalori sebenarnya hasil daripada karbohidrat.

Walaupun produk ini dapat membantu anda mendapatkan lebihan kalori, anda perlu ingat satu perkara sahaja tentang produk penambahan berat badan. Beberapa kajian pada orang dewasa yang tidak aktif secara fizikal telah menunjukkan bahawa peningkatan kalori secara drastik ini mampu meningkatkan jisim tanpa lemak seperti otot, asalkan anda makan protein yang mencukupi.

Kreatin

Kreatin adalah molekul yang dihasilkan secara semula jadi di dalam badan anda. Ia memberikan tenaga untuk otot dan tisu anda yang lain. Pengambilannya sebagai makanan tambahan dapat meningkatkan kandungan kreatin otot anda.

Dengan ini, kreatin mampu mempengaruhi sel otot anda dan prestasi senaman, meningkatkan kekuatan otot. Ini amat baik jika anda menginginkan badan sado. Kekuatan yang lebih membolehkan anda berprestasi lebih baik semasa bersenam. Seterusnya jisim otot anda akan mengalami peningkatan lebih tinggi dari semasa ke semasa.

Pengambilan ini juga dapat meningkatkan kandungan air dalam sel otot anda. Apabila kandungan air meningkat, sel otot anda akan membengkak dan menghasilkan isyarat untuk pertumbuhan otot (membesarkan otot!) Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilannya dapat mengurangkan pemecahan protein pada otot anda.

Branched-Chain Amino Acids

Leucine, isoleucine dan valine adalah antara tiga asid amino yang penting. Ketiga – tiga ini boleh didapati dalam kebanyakan sumber protein. Terutama sumber protein yang berasaskan daripada haiwan seperti daging, ayam, telur, tenusu dan ikan.

BCAA sangat penting untuk pertumbuhan otot dan membentuk asid amino di otot anda. Majoriti atlet dan peminat sukan mengambil BCAA daripada makanan sebenar setiap hari, dan juga daripada supplement.

Walau bagaimanapun, ada kajian menunjukkan bahawa BCAA dapat meningkatkan kekuatan otot atau mengurangkan kehilangan otot, berbanding dengan plasebo. Kemungkinan supplement BCAA hanya dapat memberi manfaat kepada anda sekiranya anda tidak makan protein berkualiti tinggi secukupnya dalam diet anda.

Beta – Alanine

Beta – alanine mampu mengurangkan keletihan dan dapat meningkatkan prestasi senaman. Selain itu, ia dapat membantu meningkatkan jisim otot jika anda mengikuti program senaman. Satu kajian menunjukkan bahawa pengambilan 4 gram beta-alanine sehari selama lapan minggu meningkatkan jisim badan tanpa lemak berbanding plasebo pada pemain gusti dan pemain bola sepak peringkat institusi tinggi.

Kesimpulannya

Makanan tambahan tidak dapat memberi anda kenaikan otot yang maksimum jika menu pemakanan dan senaman anda tiada kualiti. Untuk mendapatkan otot, anda perlu makan mengikut kalori dan protein yang digariskan, serta bersenam mengikut kesesuaian dengan berat badan anda. Anda juga boleh melihat kepentingan pemakanan pasca-latihan (post-workout) selepas anda bersenam.

Makanan tambahan kreatin dan protein merupakan pilihan yang paling berkesan untuk penambahan otot, tetapi supplement yang lain juga mempunyai manfaat terhadap orang yang tertentu.

Untuk melihat pelbagai fakta makanan, anda boleh tekan disini.