Pet

5 Kala Jengking Sebagai Haiwan Peliharaan Anda

Pengenalan

Kala jengking mungkin tidak suka dipeluk, tetapi mereka cukup menarik untuk dijadikan haiwan peliharaan. Anda juga boleh lihat spesies guinea pig disini yang anda minat sebelum peliharanya. Ia tenang, dan kos pemeliharaannya agak rendah sahaja. Kala jengking haiwan yang biasa tidak begitu merbahaya, terutama jika dibandingkan dengan spesis yang lain. Terdapat banyak spesies yang dijual tetapi kebanyakannya bukan untuk pemilik yang tiada pengalaman.

Hal ini kerana sengatannya disamakan dengan lebah, walaupun reaksi anafilaksis serius boleh terjadi pada beberapa orang. Sekiranya anda berminat dengan pengalaman haiwan yang tidak memerlukan sosial atau komunikasi antara tuan pemilik, berikut adalah 5 spesies yang dapat diambil sebagai haiwan peliharaan.

Kala Jengking Maharaja (Pandinus imperator),

Kala jengking maharaja

Bagi anda yang baru nak berjinak dengan haiwan peliharaan eksotik lebih – lebih lagi dengan yang ada sengat dan pengepit yang kuat, spesies yang paling disyorkan untuk dijaga sebagai haiwan kesayangan anda adalah kala jengking maharaja.

Nak tahu kenapa? Kerana spesies ini cukup jinak, dan racun yang ada dalam penyengat hanya boleh menyebabkan lebam atau luka yang ringan dan tiada lagi kes maut pada kebanyakan pemiliknya. Ada sesetengah pemilik mengatakan spesies ini lebih cenderung mencubit anda daripada menyengat anda, tetapi biasanya tidak akan menjadi agresif kecuali ia terasa terancam.

Flat Rock Scorpion (Hadogenes troglodytes)

Kala jengking batu

Seterusnya adalah spesies yang boleh dijumpai di selatan Afrika. Ia biasanya dijumpai dicelah batu atau disekelilingnya, menunggu makanannya (cengkerik selalunya makanan kegemaran kala jengking.) Anda boleh mencari seekor di kebiasaannya dijual di kedai haiwan eksotik.

Ia pernah dianggap mempunyai panjang badan terpanjang daripada spesies lain dengan mencapai panjang sehingga 20 cm. Seekor spesies ini boleh hidup selama 30 tahun! Jadi komitmen anda untuk menjaganya amatlah tinggi dan perlu setia dengannya.

Malaysian Black Forest Scorpion (Heteromerus spinifer)

Kala jengking hutan malaysia

Spesies ini patut dibanggakan oleh warga Malaysia sebab ia termasuk di dalam senarai ini. Selain itu, anda juga patut berbangga yang spesies ini adalah spesies bersaiz besar yang tinggal di dalam hutan hujan dan ia amat sukar untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan daripada kala jengking maharaja.

Hal ini kerana, ia dimaklumkan bahawa sifatnya lebih agresif daripada kalajengking maharaja dan amat tidak sesuai serta tidak disarankan untuk anda yang tiada pengalaman. Lagi satu ia lebih menggunakan pengepit daripada menyengat anda untuk melindungi dirinya sendiri. Walau bagaimanapun, racunnya adalah ringan dan hanya menyebabkan kesakitan serta keradangan yang ringan dalam kebanyakan kes. Disebabkan itulah ada orang masih memilih untuk memeliharanya sebagai haiwan kesayangan.

Texas Bark Scorpions (Centuroides vittatus

Kala jengking kayu texas

Spesies yang berjalur ini amat biasa dijumpai di seluruh bahagian tengah Amerika Syarikat dan Mexico utara. Ia mungkin spesies kala jengking yang paling kerap dijumpai di A.S. Anda perlu berjaga – jaga dengan ia kerana racunnya lebih kuat daripada yang tersenarai di atas. Walaupun ia boleh membuat sengatan yang agak menyakitkan tetapi tidak cukup untuk membunuh anda, jadi spesies ini tidak digalakkan untuk anda yang baru nak pelihara seekor serangga yang eksotik ini.

Giant Hairy Scorpion (Centruroides vittatus)

Kala jengking raksasa berbulu

Spesies bersaiz besar ini juga dikenali sebagai kala jengking gurun berbulu (Hairy Desert Scorpion). Ia boleh dijumpai di barat daya Amerika Syarikat. Anda boleh lihat bulu – bulu yang tumbuh pada penyegatnya jika anda nak tahu spesies apa. Sebagai haiwan peliharaan, ia dimaklumkan agak licik tetapi akan mengambil sikap bertahan jika diprovokasi. Walaupun ianya agak besar, racun di dalam sengatnya tidak terlalu kuat, dan sengatannya boleh dianggap seperti sengatan lebah madu. Spesies ini memerlukan penyediaan seperti habitatnya iaitu padang pasir. Di dalam tempat tinggalnya perlulah ada lapisan pasir kasar bagi menyerupai habitatnya yang sebenar.

Kesimpulannya

Kelima – lima ini mampu memberi pengalaman yang manis dan sakit pada masa yang sama. Dengan penjagaan yang betul, ia boleh hidup cukup lama untuk mengenali anda sebagai tuan pemiliknya. Jika anda minat tentang spesis ini, anda boleh sambung baca tentang pelbagai fakta haiwan disini.