Animal Pet

5 Baka Hamster Yang Anda Boleh Pelihara

Pengenalan

Sekiranya anda seorang pencinta haiwan kecil yang comel, mungkin seekor hamster adalah pilihan terbaik untuk anda. Walaupun badannya kecil tetapi ia penuh dengan kerenah yang unik sehinggakan ianya amat seronok untuk dilihat. Lebih – lebih lagi sewaktu ia tengah tidur. Selain itu, semua baka hamster amat mudah untuk dijaga. Ini menjadikannya haiwan peliharaan yang terbaik bagi seorang yang baru dan tiada pengalaman.

1.    Syrian Hamster

syrian hamster

Haiwan peliharaan ini amat terkenal di Singapura. Ia berasal dari Syria. Salah satu sebab ianya terkenal adalah kerana sikapnya yang suka dipeluk. Ia juga mempunyai gelaran lain seperti Golden Hamster atau Teddy Bear Hamster. Jangka hayatnya hanya 2 hingga 3 tahun dan boleh membesar sehingga 7 inci maksimum.

Baka ini mempunyai bulu coklat keemasan dan perutnya berwarna putih. Ada juga yang berbulu lebat dijual di kedai haiwan peliharaan. Ia amat mudah untuk dijinak dan dijaga berbanding baka yang lain. Selain itu, haiwan kecil ini boleh ditinggalkan sendirian untuk separuh hari jika anda sibuk. Ini kerana ia merupakan haiwan bersendirian. Anda disarankan meletakkan seekor sahaja dalam sangkar kerana ia akan saling menggigit ketika ditempatkan bersama.

Hamster ini memerlukan ruangan yang luas. Oleh kerana saiz badannya yang agak besar, ia memerlukan roda senaman dan ruangan yang besar. Ia juga mudah mendapat jangkitan ekor basah kerana stress. Untuk mengelakkan penyakit ini, vet akan meletakkan cecair ekor basah apabila anda membawa hamster ini ke rumah anda untuk kali pertama.

2.    Winter White Hamster

white dwarf

Berasal dari negara sejuk yang bersalji. Baka ini mempunyai saiz separuh lebih kecil daripada spesis diatas. Ia mampu hidup selama 1 hingga 2 tahun dan membesar dari 3 hingga 4 inci.

Tambahan pula, ia hanya mempunyai kot bulu berwarna kelabu dan coklat. Jika anda nak tahu, kot bulu kelabu ini akan bertukar menjadi putih semasa musim salji untuk sembunyi daripada pemangsa. Ia juga mempunyai corak garisan hitam di belakang dan juga di kaki.

Si kecil ini terkenal dengan sikap bersosial. Anda juga boleh letakkan dua ekor yang sama jantina ke dalam satu sangkar. Oleh kerana ia mudah terkejut dan stress, anda perlu sediakan tempat sembunyi dan ia memerlukan suasana yang sunyi untuk memberi ketenangan.

Ruangan sangkar perlu luas untuk sediakan tempat untuk mendaki. Anda juga boleh sediakan gua, dan ranting kayu sebagai dekorasi. 

3.    Dwarf Hamster

dwarf

Mungkin anda biasa melihat di kedai haiwan mengiklankan baka comel ini. Dwarf hamster ini mempunyai variasi warna yang menarik. Ia mempunyai jangka hayat antara 1 hingga 2 tahun dan mampu membesar sehingga 4 inci.

Walau bagaimanapun, baka ini juga mudah terkejut dan apabila terkejut ia boleh menggigit anda tanpa berfikir dua kali. Tambahan pula ia boleh berjaga pada waktu yang dia boleh mendapat perhatian yang banyak walaupun ia adalah seekor nocturnal.

Baka ini mudah mendapat penyakit diabetes. Anda dikehendaki memberi makanan yang kaya dengan protein dan juga buah – buahan. Aktiviti hariannya adalah tidur dalam tempat yang bertutup. Gua atau rumah perlu disediakan dalam sangkarnya untuk aktviti kesukaannya.

4.    Roborovski Hamster

roborovski

Si cilik ini amat terkenal dengan kelajuannya. Apabila ia stress, hamster ini akan cuba untuk melarikan diri semasa anda sedang membelainya. Selain itu, baka ini hanya boleh membesar sehingga 3 inci sahaja tetapi mampu hidup sehingga 3 tahun. Ia juga adalah seekor haiwan yang pemalu dan tidak suka disentuh. Tambahan pula, mereka susah untuk dijinakkan. Akan tetapi seronok untuk diperhatikan aktiviti sehariannya.

Anda disarankan memelihara dua ekor bagi mereka berinteraksi antara satu sama lain. Sangkar tertutup yang besar perlu disediakan dan juga mainan, tempat makan serta minum untuk setiap satu kerana mereka amat menjaga privasi mereka . Spesis ini juga sukar mendapat penyakit. Anda perlu sediakan makanan tambahan hamster yang berkualiti tinggi dengan makanan segar yang sedikit.

5.    Chinese Hamster

Chinese Hamster sedang minum air

Baka ini adalah sama seperti seekor tikus dengan penampilan ekor dan kakinya. Ia tidak menggigit dan amat mesra dengan pemiliknya. Ia juga mudah mengamuk jika tidak mendapat perhatian penuh daripada pemilik. Seterusnya, ia akan mula mengigit benda atau bunyi bising jika ia bosan atau tidak mendapat perhatian.

Oleh kerana itu, anda perlu menyediakan alat mainan yang banyak. Penjagaan yang kerap mampu menolong kesihatan mentalnya. Anda juga perlu menyediakan sangkar asing supaya ia tidak mencederakan sesamanya. Jika anda nak tahu, hamster betina yang dewasa amat agresif serta perlu diasingkan serta – merta.

Anda juga boleh melihat pelbagai fakta haiwan dan makanan disini.

Artikel lain: Spesies Memerang, Spesies Musang, Spesies Kucing (Harimau)