Animal Pet

10 Spesis Penyu Sebagai Haiwan Peliharaan Anda

Pengenalan

Penyu air tawar amat mempersonakan, tenang dan tidak memerlukan sifat semulajadi. Ini dapat menjadikan mereka pilihan yang menarik sebagai haiwan kesayangan.

Akan tetapi, memilikinya sebagai haiwan peliharaan bukanlah untuk setiap orang. Mereka bukan haiwan yang sangat bersosial atau suka dipeluk, mereka boleh membawa penyakit salmonella, dan dengan jangka hayatnya yang panjang, mereka mampu hidup lebih lama daripada tuannya. Semua penyu mempunyai keperluan tempat tinggal dan pemakanan yang agak rumit. Terdapat pelbagai jenis spesis dan ada yang membuat haiwan peliharaan lebih baik daripada yang lain. Beberapa ekor boleh menjadi besar, ada yang terkenal dengan sifat pergaulan dan kurang agresif.

Setiap satu ini mempunyai keperluan berbeza dari segi suhu, cahaya dan juga diet.

1.    Red Eared Slider

penyu red eared slider

Red Eared Slider adalah salah satu yang paling popular daripada spesis yang lain. Ini kerana mereka boleh berkawan dan lebih peramah daripada yang lain. Mereka cukup aktif dan mudah dicari di mana – mana kedai.

Penyu ini umumnya ditempatkan di dalam rumah, tetapi dengan tempat tinggal yang sesuai, kebersihan dan suhu yang lebih panas, mereka boleh ditempatkan di kolam air. Apabila mereka dewasa, lebih mudah untuk memberi mereka ruang yang mereka perlukan.

Red Eared Slider boleh membesar sehingga 12 inci dan vivarium perlu besar serta mempunyai kawasan untuk berjemur. Mereka juga memerlukan pencahayaan UV dan system penapisan air yang baik. Ini kerana, spesis ini amat selekeh. Dengan penjagaan yang betul, ia mampu hidup selama 50 tahun.

2.    African Sideneck Turtle

penyu sideneck afrika

Si kecil yang unik ini mempunyai leher yang panjang yang tidak dapat ditarik ke dalam cengkerangnya dan anatomi badannya amat berbeza dengan yang lain. Oleh kerana penampilan dan saiznya yang unik, penyu ini sering mendapat perhatian ramai. Akan tetapi ia memerlukan penjagaan yang rapi daripada penyu lain.

African Sideneck Turtle perlu dijaga dengan rapi dan memerlukan pembersihan setiap minggu. System penapisan yang baik boleh memudahkan pembersihan dalam vivariumnya. Walaupun saiz penyu ini kecil, ia amat minat untuk berenang dan memerlukan tangka besar, sekurang – kurangnya 75 gallons. Spesis ini memerlukan platform berjemur lengkap dengan pencahayaan UV serta suhu tidak boleh turun di bawah 75 darjah Celsius. Ini adalah salah satu sebab mengapa mereka perlu disimpan dalam rumah.

3.    Eastern Box Turtle

Penyu berkotak timur

Eastern Box Turtle memerlukan banyak ruang tetapi ia pandai menyesuaikan diri dan dengan tempat tinggal yang sesuai, ia dapat hidup di dalam atau di luar rumah. Ia boleh mencapai 5 hingga 7 inci besar badan dan boleh hidup selama 30 hingga 40 tahun dengan penjagaan yang betul. Mereka lebih suka persekitaran yang lembap, memerlukan kolam air yang cetek dan pencahayaan UVB jika disimpan di dalam rumah.

Sekiranya persekitaran terlalu sejuk dan kering, ia boleh menyebabkan jangkitan pernafasan menjadi lebih mudah. Spesis ini tidak cenderung untuk menjadi agresif. Dengan penjagaan yang betul anda dapat melihat perangainya yang sebenar.

4.    Western Painted Turtle

Penyu bercorak barat

Western Painted Turtle mempunyai tanda yang unik pada cengkerangnya. Walaupun tidak besar, penyu ini memerlukan vivarium yang besar, penapisan air yang baik dan lampu berjemur untuk mengekalkan suhu yang hangat. Keperluan perumahan mereka sama seperti Red – Eared Slider.

Penyu ini boleh menjadi pemalu dan tidak suka penjagaan yang kerap. Oleh kerana ia suka makan sambil berenang. Penyu ini boleh membesar sehingga 10 inci dan boleh hidup sehingga 50 tahun.

5.    Mississippi Map Turtle

Mississippi Map Turtle

Mississippi Map Turtle mempunyai sirip punggung khas dari cengkerangnya, dan inilah sebabnya kadangkala ia dinamakan sebagai “Sawback”. Mereka tidak memerlukan vivarium yang besar seperti yang lain, dan ini menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang mahu berjimat duit.

Penyu ini boleh hidup sehingga 30 tahun dan memerlukan penjagaan yang mudah. Persekitaran juga amat penting untuk bagi ketenangan untuknya.

6.    Common Musk Turtle (Stinkpot)

Common Musk Turtle

Penyu ini amat kecil sebesar 3 hingga 5 inci dan keperluan penjagaan mereka amat senang. Ia tidak memerlukan penjagaan yang kuat. Selain itu, spesis boleh menjadi buas dan jika ia terasa terancam, ia akan mengeluarkan bau busuk daripada badannya. Inilah sebab mengapa mereka mendapat nama “stinkpot”.

Satu perkara lagi yang anda perlu tahu ialah penyu ini bukan perenang yang baik jadi air dalam kolam perlu dicetekkan. Ia perlu mempunyai banyak kawasan berjemur serta berada dibawah pencahayaan UVB.

7.    Spotted Turtle

Penyu Bintik

Spotted Turtle adalah salah satu spesis penyu yang terkecil yang dibenarkan untuk dipelihara. Ia amat cantik untuk dilihat dengan cengkerang berbintik khas serta dengan tempat tinggal yang sesuai, ia boleh menyesuaikan diri samada di dalam atau di luar rumah.

Penyu ini memerlukan komitmen yang serius kerana sesetengah Spotted Turtle ini mampu hidup selama 100 tahun.

Seperti Musk Turtle, ia memerlukan kolam yang cetek sahaja. Ia juga memerlukan tempat berjemur untuk memberi mereka ruang untuk berehat.  Makanan bervariasi yang baik terutamanya daging dengan sayuran hijau serta buah amatlah penting untuknya.

8.    Yellow-Bellied Slider

Penyu Perut Kuning

Yellow – Bellied Slider adalah salah satu spesis yang popular untuk dijaga sebagai haiwan peliharaan kerana ia tahan lasak, dengan syarat diet, pencahayaan dan tempat tinggal yang sesuai.

Ia amat aktif pada siang hari dan boleh menarik perhatian anda. Ia memerlukan vivarium yang lebih besar daripada Stinkpot dan Spotted Turtle. Bagi seekor jantan, ia boleh membesar antara 5 hingga 9 inci sementara betina antara 8 hingga 13 inci. Penyu ini boleh hidup selama 40 tahun.  

9.    Reeve’s Turtle

Penyu Reeve

Penyu Reeve ini mungkin salah satu spesis yang suka bergaul daripada yang tersenarai ini. Dengan penjagaan dan kesabaran yang baik, ia suka dibelai oleh tuannya. Unikkan? penjagaan kerap kali boleh membuatkannya stress, jadi anda hanya boleh buat semasa diperlukan sahaja.

Keperluan penjagaannya sama sahaja dengan Red Eared Slider, walaupun saiznya amat kecil antara 6 hingga 9 inci sahaja, ia tidak memerlukan ruangan yang besar. Jangka hayatnya hanya 20 tahun sahaja.

10. Wood Turtle

Penyu kayu

Wood Turtle terkenal dengan sikap peramah dengan penjagaan dan interaksi yang betul. Keperluannya tidaklah susah sangat seperti spesis lain. Ia hanya memerlukan ruangan vivarium yang sederhana sahaja dan ia amat sesuai untuk dipelihara di luar rumah.

Oleh kerana ia bukan akuatik, ia boleh lemas dengan serta – merta. Cetekkan kolam air di dalam vivarium sebagai langkah berjaga – jaga. Ia juga perlukan diet yang kaya dengan protein seperti daging dan sayur brokoli.

Penyu ini susah untuk didapati dan boleh menyalahi undang – undang di sesetengah negara. Anda perlu selidik dan memastikan yang anda peroleh penyu ini daripada penjual atau penternak ternama dan beretika.

Kesimpulannya

Penyu dapat dibuat haiwan peliharaan yang menarik, tetapi ia memerlukan komitmen yang tinggi. Ia memerlukan banyak ruang, peralatan khas untuk menjaga kebersihan dan juga keperluan diet yang khusus. Oleh kerana, penyu ini dapat hidup selama 50 tahun, ia boleh menjadi komitment seumur hidup anda.

Jika anda suka dengan fakta penyu peliharaan ini, anda boleh lihat pelbagai fakta haiwan yang menarik disini.

Artikel lain: Baka Burung Peliharaan, Spesies Kucing Liar, Spesies Mentadak Peliharaan, Spesies Ikan Betta