Animal Pet

10 Baka Burung Yang Anda Boleh Pelihara

Pengenalan

Sekiranya anda ingin memiliki haiwan peliharaan yang comel dan mempunyai minat dengan haiwan yang boleh terbang. Anda hanya perlu memilih baka burung yang boleh menambat hati anda sahaja. Terdapat beberapa baka burung di luar sana yang amat peramah dengan manusia. Mereka ini amat mudah untuk dijadikan sebagai burung peliharaan anda kerana mempunyai sifat penyayang manakala ada yang bersifat agresif terhadap tuannya terutamanya kepada pemula yang berjinak – jinak dalam pemeliharaan burung. Jenis yang agresif ini akan mengigit atau mencakar anda jika terasa terancam atau terlalu stress.

1.    Budgies

Anda pernah dengar tak tentang parakeet yang juga dikenali sebagai budgies? Ia adalah baka yang sangat peramah dan penyayang ketika anda menjaganya dengan baik.

Dari segi penampilan pula, ia merupakan burung yang kecil dan mempunyai warna bulu yang terang. Anda boleh mengajar beberapa helah untuknya. Tambahan pula, budgies amat pandai bercakap. Ini menjadikannya sebagai binatang peliharaan yang luar biasa.

2.    Cockatiel

cockatiel

Cockatiel adalah salah satu haiwan peliharaan yang popular di pasaran. Anda harus memilih betina jika anda masih tiada pengalaman tentang penjagaan burung. Hal ini kerana ia mempunyai sikap yang lebih peramah dan lebih mesra dengan manusia berbanding dengan si jantan. Cockatiel memerlukan sangkar besar yang dipenuhi dengan permainan dan tempat duduk.

Selain itu, Cockatiel ini suka berterbangan bebas jadi amat penting untuk biarkannya berada diluar sangkar untuk beberapa jam setiap hari. Sekiranya ia dijaga dengan penuh kasih sayang dan juga penjagaan yang betul, ia dapat hidup selama 30 tahun.

3.    Peach Faced Lovebird

peach faced lovebird

Burung ini amat susah untuk dijaga daripada yang lain yang tersenarai. Ia dapat hidup tanpa pasangan tanpa ada masalah. Anda boleh memelihara jantan dahulu sebagai haiwan kesayangan pertama. Burung ini sekecil 5 inci hingga 6 inci dan disebabkan saiznya yang kecil, ia boleh masuk ke dalam poket anda dengan mudah. Waktu bermain adalah waktu paling seronok bagi baka ini dan anda juga boleh ajarnya untuk bercakap.

Ia boleh hidup selama 20 tahun dan anda boleh lihat ia begitu seronok bermain dengan pasangannya di dalam sangkar.

4.    Burung Nuri (Parrotlet)

burung nuri

Parrotlet atau Nuri sangat terkenal dalam kalangan pemilik sebagai haiwan peliharaan yang ideal. Ia merupakan baka yang kecil, comel dan sangat senang untuk dijaga. Si kecil ini mempunyai keperibadian yang hebat dan sangat menghiburkan hati. Sekiranya anda mencari teman baik dalam senarai ini, maka Nuri boleh menjadi pilihan yang baik.

Anda perlu ingat bahawa anda perlu meluangkan banyak masa untuk memastikan Nuri ini gembira dan boleh mengurangkan tekanannya. Hal ini kerana ia memerlukan perhatian yang banyak daripada tuannya. Jika anda sibuk dengan kerja atau urusan luar, baka Nuri ini bukan pilihan terbaik bagi anda. Ia amat bersosial dan suka menunjukkan kasih sayangnya kepada tuannya.

5.    Burung Beo (Hyacinth Macaw)

burung beo

Hyacinth Macaw atau Beo ini terkenal sebagai baka yang besar bersifat lemah lembut. Ia juga terkenal dengan sikap peramah mesra mereka kepada orang asing.

Sekiranya anda seorang yang suka memiliki haiwan yang ceria dan menghiburkan hati, maka beo ini boleh menjadi teman sejati anda. Anda disarankan mengambil berat tentang saiz badannya yang besar kerana ia memerlukan penjagaan rapi dari tahun ke tahun. Sebaik sahaja anda menjaganya dengan penuh kasih sayang, baka Beo ini boleh menjadi seekor yang menawan dan boleh memberi kasih sayang yang sama rata dengan anda.

6.    Canary

canary

Canary terkenal dengan warna cerah serta bakat suaranya. Ada yang berwarna hijau, kuning, coklat dan juga oren terang. Kalau anda nak tahu canary jantan boleh menyanyi.

Ini adalah salah satu burung terbaik untuk pemelihara yang baru. Baka ini boleh sahaja bersantai dalam sangkar sambil menyanyi kepada anda. Ia tidak suka dipegang atau dikendali dengan banyak kali. Jika anda mencari burung kepada  anak – anak anda, canary ini amat ideal bagi mereka. 

7.    Finch

finch

Sekiranya anda mahukan haiwan kesayangan yang tidak memerlukan penjagaan yang banyak, Finch boleh menjadi pilihan yang baik buat anda. Mereka boleh terbang dengan pantas dan amat suka berbunyi. Anda perlu menyediakan ruang yang luas kerana Finch amat suka terbang secara bebas. Baka ini perlu dibeli secara pasangan atau dalam jumlah yang banyak kerana ia adalah haiwan yang bersosial. Sekiranya sangkar terlalu kecil kepada Finch sehingga menjadi sesak, Finch akan bergaduh antaranya untuk mendapat ruang yang luas.

Ia boleh dijadikan haiwan peliharaan yang menakjubkan kepada anak – anak anda kerana ia tidak memerlukan jagaan yang serius. Anda juga boleh mengambilnya sebagai teman berborak.

8.    Quaker Parakeet

quaker parakeet

Spesis ini bagus untuk anda yang baru nak memelihara burung kerana ia suka bersuara. Sesetengah suka bersuara dan ada yang suka bersiul. Anda boleh mendapat perhatian penuh daripadanya selepas anda mendapat kepercayaan penuh melalui penjagaan yang baik. Pastikan anda menjaganya dengan baik.

Satu perkara penting yang perlu anda ambil tahu adalah Quaker Parakeet ini adalah dilarang untuk dipelihara di beberapa negara. Ini kerana mereka dianggap sebagai ancaman pada sektor pertanian.

9.    Pionus Parrot

pionus parrot

Baka Pionus Parrot ini tidak sehebat seperti yang lain. Walau bagaimanapun, ia mempunyai badan yang amat kecil dan juga mudah untuk dijaga. Yang paling penting, ia tidak membuat bising dan ini membuatkan ia senang untuk dijaga. Sesetengah pemilik memberitahu bahawa ia ini manis, dimana ia tepat sekali. Selain itu, penampilannya amat cantik dan sikap peramah telah memenangi hati ramai orang.

10. Amazon Parrot

amazon parrot

Baka terakhir dalam senarai ini amat mahal untuk dibeli dan juga dipelihara daripada yang lain. Ini kerana ia boleh hidup berseorangan jika anda terlalu sibuk. Ia adalah antara baka yang terbaik dari segi percakapan dan kecantikan.

Ia amat gemar mendapat perhatian daripada orang ramai tetapi jika anda tiada pengalaman, anda disarankan memilih baka burung yang lain. Ini kerana, Nuri Amazon ini tidak menuntut perhatian anda dan jauh lebih tenang daripada burung lain. Anda perlu berhati – hati jika anda seorang pemula kerana burung ini amat bijak dan mampu melarikan diri. Untuk mendapat kepercayaannya, anda perlu bersosial, bermain dan melatih trick tertentu.

Jika anda ingin melihat pelbagai fakta menarik tentang haiwan dan makanan, anda boleh tekan disini.

Artikel lain: Baka Arnab Terbesar, Baka Kucing Peliharaan (Harimau), Baka Hamster (Peliharaan), Spesies Memerang