Animal Pet

10 Baka Arnab Peliharaan Untuk Anda

Pengenalan

Arnab mempunyai banyak baka untuk dipilih dan sesetengah daripadanya boleh dijadikan sebagai haiwan ternakan daripada peliharaan. Ada baka arnab yang sesuai untuk bermain dengan kanak – kanak. Ada juga baka arnab susah untuk bermesra dan mendapat kepercayaan dengan tuannya. Selain itu, ada yang besar dan cantik, kebiasaanya ia amat peramah. Badan arnab yang besar ini amat mudah mengalami kecederaan fizikal. Menjadikannya tidak sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan kepada kanak – kanak.

Dibawah adalah senarai arnab – arnab yang boleh dipelihara oleh anda.

1.    Arnab Sussex

Arnab Sussex

Arnab Sussex adalah baka yang baru dan ia amat sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan bagi anda yang masih baru. Ia amat peramah, jinak dan juga bijak. Ia juga suka mengikut tuannya samada untuk bermain atau hanya ingin tahu apa yang anda tengah buat. Anda juga boleh mengajar helah dengan senang untuk baka arnab ini.

Arnab Sussex mudah untuk menjadi gemuk dengan cepat, jadi anda perlu berhati – hati semasa memberi makanan.

2.    Arnab Himalaya

Arnab Himalaya

Arnab Himalaya adalah salah satu baka yang paling popular untuk kanak – kanak. Ia dikenali dengan sikap peramah, senang diuruskan dan ia amat berminat dengan apa yang anda lakukan. Ia juga mempunyai corak bulu yang cantik dan juga badan yang putih ramping dengan hidung serta telinga yang gelap.

Baka Himalaya ini merupakan arnab yang paling comel dalam senarai ini dan paling suka bermain. Akan tetapi, arnab Himalaya ini memerlukan banyak cara untuk mendapat perhatian dan juga mainan.

3.    Arnab California

Jika mengikut penampilan, Arnab California ini adalah mirip dengan Arnab Himalaya, tetapi Ia jauh lebih berat sehingga boleh mencapai 5kg.

Arnab California ini mempunyai personality yang amat santai, peramah dan suka mendapat perhatian daripada tuannya. Dengan ini, arnab California ini sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan untuk seisi keluarga.

4.    Thrianta

Arnab Thrianta mempunyai penampilan ala teddy – bear dan terkenal dengan sikap peramah, lembut dan bersosial. Arnab thrianta ini mempunyai kot berwarna merah – coklat dan ia amat lembut untuk dibelai. Berat bagi arnab Thriata ini adalah antara 2kg hingga 3kg dan boleh dijadikan sebagai haiwan pertunjukan. 

Arnab ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai peneman anak – anak anda dengan sikap yang suka bermain dan bersosialnya.

5.    Arnab Belanda

Arnab Belanda

Arnab Belanda ini mempunyai penampilan yang cantik dan kebiasaannya berwarna putih – hitam dan putih – coklat.

Arnab Belanda ini adalah haiwan yang peramah, dan tenang. Akan tetapi memerlukan dorongan untuk bersosial kerana ia adalah haiwan yang pemalu. Arnab ini boleh mencapai berat sehingga 2kg apabila dewasa sepenuhnya, yang merupakan saiz yang sesuai untuk kanak – kanak.

6.    Florida White

Arnab Peliharaan Florida White

Florida White mendapat nama kerana arnab ini berwarna putih dan mata merah jambu. Pada asalnya arnab ini hanya digunakan untuk subjek ujian daging dan makmal, tetapi baru – baru ini mereka menjadi popular dalam pertunjukan dan sebagai haiwan peliharaan. Arnab ini hanya bersaiz kecil dan sangat bertolak ansur. Sekali lagi ia adalah haiwan peliharaan yang terbaik buat anak – anak anda.

7.    Japanese Harlequin

Arnab Peliharaan Japanese Harlequin

Arnab Japanese Harlequin adalah haiwan peliharaan yang menakjubkan, lebih – lebih lagi jika anda mahu mengajar helah baru kepada si arnab ini sehingga ia dianggap “mirip anjing”. Arnab ini merupakan haiwan yang cerdas, peramah, tenang dan amat menyenangkan.’ Baka arnab ini suka berada disisi manusia. Ia mempunyai kot berwarna hitam Dengan dua jalur oren di sekelilingnya dan satu jalur oren di tengah mukanya.

8.    Chinchilla

Arnab Peliharaan Chinchilla

Arnab Chinchilla cantik dengan sifat manis dan perangai yang peramah mesra. Ia terkenal dengna bulu yang lembut dan gebu sehingga ramai yang suka membelai serta memeluknya seperti seekor kucing.

Arnab Chinchilla adalah baka yang baik untuk dijaga dan boleh diletakkan samada di dalam atau di luar rumah.

9.    French Lop

Arnab Peliharaan French Lop

French Lop adalah keturunan arnab lop yang terbesar dan beratnya mencapai 6kg hingga 7kg. Arnab ini adalah haiwan peliharaan yang indah jika anda mencari seekor arnab gergasi dengan telinga lembut (floppy eared) yang penyayang.

Bersedialah untuk berpeluk dengan arnab besar comel ini dan arnab besar ini akan sentiasa bersedia untuk menyambut anda di depan pintu.

10. Havana

Arnab Peliharaan Havana

Arnab Havana sering ditunjukkan secara kompetitif dan biasanya akan menjadi juara. Ia kebiasaannya berwarna hitam, telinga pendek dan mata besar. Personalitinya amat suka bermain dan bersosial, walaupun kebanyakan tidak suka dipeluk untuk jangka masa yang lama kerana ia mudah bosan. Beratnya adalah antara 2kg hingga 3kg menjadikan ia amat sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan untuk kanak – kanak.

Jika anda berminat membaca tentang arnab, anda mesti suka dengan fakta haiwan lain yang telah disediakan disini.

Artikel lain: Spesies Burung Hantu, Spesies Kuda Terbesar, Baka Anjing Terbesar, Spesies Cicak Peliharaan